Penganjur perhimpunan Bersih 5.0 sengaja tidak mahu mengikut peraturan seperti terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) kerana mahu menarik perhatian dunia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata menerusi cara itu penganjur tersebut mahu menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa kononnya anggota penguatkuasa di negara ini menyekat kebebasan rakyatnya untuk bersuara dan berhimpun.
"Nasihat saya patuhilah peraturan seperti terkandung dalam APA 2012, kenapa lah susah sangat (patuhi peraturan). Mereka (penganjur) ini suka kalau nanti kita guna FRU (Federal Reserve Unit) bawa water cannon (penyembur air), mereka suka la macam tu.
"Negara kita ini ada undang-undang bukannya negara 'cowboy'...kalau dia (penganjur) masih lagi kekal dengan keputusan melanggar undang-undang maka bersedialah dengan tindakan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia 2016 yang turut dihadiri Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din dengan kerjasama daripada pelbagai agensi antaranya Kerajaan Negeri Melaka, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Sambutan itu diadakan setiap tahun sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai kanan, pegawai rendah dan pegawai awam yang telah berjaya menterjemahkan idea dan kreativiti dalam menghasilkan inovasi yang dapat memberi impak besar kepada perkembangan dan kemajuan organisasi itu.
Khalid berkata penganjur disarankan agar mengikut saluran yang betul sebelum mengadakan sebarang perhimpunan termasuk membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran bagi lokasi yang dipilih mereka.
"Peruntukan undang-undang memerlukan notis dikemukakan 10 hari sebelum perhimpunan dibuat seterusnya dapatkanlah kebenaran tuan punya tempat, kalau tak bagi banyak lagi tempat lain boleh dibuat selain Kuala Lumpur. Jadi patuhilah peraturan, apa yang payah sangat?," katanya.
Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas menteri dan anggota Parlimen yang didakwa membocorkan rahsia kerajaan di Parlimen baru-baru ini, beliau meminta semua pihak terutamanya penjawat awam agar berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Mereka kadang-kadang menggunakan Parlimen sebagai alasan boleh cakap (apa sahaja) namun apabila melibatkan rahsia kerajaan maka kita perlu berhati-hati kerana banyak implikasinya apabila rahsia kerajaan didedahkan di mana ia boleh mengancam kesalamatan dan ekonomi negara.
"Saya ingin menasihatkan kakitangan kerajaan sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah meninggalkan perkhidmatan supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap apa jua kenyataan yang mereka buat kerana sekiranya mereka membocorkan rahsia kerajaan, maka tindakan boleh diambil," katanya.
Semasa mengulas mengenai seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang didakwa melakukan kekasaran terhadap isterinya di Johor yang viral di media sosial baru-baru ini, beliau berkata siasatan polis sedang dijalankan.
"Setakat ini, kita telah menerima tiga laporan yang dibuat terhadapnya selain mendapati bahawa beliau terlibat dengan dadah, kini kita sedang mengesan (anggota itu) untuk ditahan," katanya.
Ditanya tentang persediaan pihak polis dalam memastikan keselamatan perlawanan akhir Piala Malaysia pada Ahad ini, beliau berkata polis mempunyai anggota mencukupi untuk memastikan perlawanan itu berlangsung dengan aman dan sentiasa bersedia menangani apa jua ancaman.
"Kita jangan lah buat perkara yang akan mengganggu orang lain, sama-sama lah sokong psukan masing-masing dengan cara yang betul jangan buat cara tak bertamadun pula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2016

KHALID: "Negara kita ada undang-undang, bukannya negara 'cowboy'. Kalau dia masih lagi kekal dengan keputusan melanggar undang-undang, maka bersedialah dengan tindakan undang-undang." - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) akan bertanyakan perkara itu kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis sahkan terima notis 'tidak lengkap'
Polis sahkan menerima notis pemberitahuan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan
Polis akan membuka kertas siasatan berhubung himpunan yang diadakan di Istana Kehakiman hari ini.

Polis sisat perhimpunan 1 Mei, gimik pelancaran Gerakan Rakyat
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan 1 Mei 2023 dan sidang media gimik pelancaran Gerakan Rakyat yang diadakan di dua lokasi di ibu negara antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari.

Pakar tawar khidmat kepada kerajaan kaji semula undang-undang
MCCHR merancang menghasilkan draf pindaan dan bertemu dengan agensi berkaitan selain daripada kementerian menjelang awal tahun hadapan untuk mengemukakan cadangan pindaan, jika diperlukan.

Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit
Polis akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung penganjuran himpunan di hadapan pusat membeli-belah Sogo di sini hari ini.

Himpunan bantah ICERD tidak perlu diadakan - Muhyiddin
Beliau berkata sebarang tindakan untuk meneruskan perhimpunan itu adalah tidak munasabah.

Polis larang 'Himpunan Sayangi Malaysia' di Padang Timur
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keputusan dibuat berdasarkan beberapa faktor keselamatan.

Polis panggil Armada PPBM bantu siasatan kekecohan Nothing To Hide 2.0 - Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah memulakan siasatan kes itu dan menegaskan bahawa aspek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab penganjur.

Permit ditarik balik: Polis terima 18 laporan bantahan
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, setakat hari ini, polis telah menerima 18 laporan daripada individu di negeri ini yang membantah debat tersebut.