KUALA LUMPUR: Semua agensi dan jabatan agama di negara ini menyokong penuh usaha gagasan Malaysia Madani seperti yang dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, ini akan dibuktikan dengan memperhebat lagi pelbagai usaha bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Kita di agensi agama termasuk di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh gagasan ini dan akan perhebatkan lagi program ke arah penyatuan serta perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
"Kita akan perhebatkan usaha dan program untuk memupuk semangat kesatuan, perpaduan serta kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis Jamuan Muhibah Tahun Baharu Cina anjuran YADIM di Pusat Belia Antarabangsa, hari ini.
Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Tambah Mohd Na'im, program jamuan itu sendiri merupakan salah satu usaha cara sokongan terhadap konsep Malaysia Madani terutama dalam menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.
Dalam program tersebut, lebih 300 keluarga, termasuk 100 keluarga mualaf, di sekitar Bandar Tun Razak menerima sumbangan barangan keperluan dapur daripada YADIM.
YADIM turut mengadakan Jualan Rahmah yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan potongan harga sehingga 50 peratus untuk penduduk kawasan berkenaan.
Madiha Abdullah
Sun Feb 05 2023
![Perhebat usaha penyatuan rakyat selaras konsep Malaysia Madani Perhebat usaha penyatuan rakyat selaras konsep Malaysia Madani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675584422_DatukDrMohdNaim.jpg)
Tambah Mohd Na'im, program jamuan itu sendiri merupakan salah satu usaha cara sokongan terhadap konsep Malaysia Madani terutama dalam menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM
Jakim akan membuat laporan kepada MCMC berhubung hantaran di TikTok yang menyertakan bacaan Qunut Nazilah sambil mengajak orang ramai mendoakan musibah ke atas Perdana Menteri.
![JAKIM diarah tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat - Mohd Na'im JAKIM diarah tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720335417_NaimMokhtar.jpg)
JAKIM diarah tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat - Mohd Na'im
Tindakan penguatkuasaan tegas terhadap kelompok yang menyebar kandungan ajaran sesat amat penting supaya ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya.
![Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677164470_DrMohdNaimMokhta.jpg)
Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah
Umat Islam perlu bertekad bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai Islam dengan bertunjangkan semangat Al-Falah (kejayaan).
![Sejumlah RM500 juta disalur kepada golongan asnaf setakat Julai - Mohd Na'im Sejumlah RM500 juta disalur kepada golongan asnaf setakat Julai - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720257747_MAIWPJAKIMPPZD.jpg)
Sejumlah RM500 juta disalur kepada golongan asnaf setakat Julai - Mohd Na'im
Sejumlah RM500 juta telah disalurkan kepada sekitar 27,000 golongan asnaf dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
![Syor tambah baik pentadbiran mahkamah syariah dibincang dalam mesyuarat pertama JKSK Syor tambah baik pentadbiran mahkamah syariah dibincang dalam mesyuarat pertama JKSK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Syor tambah baik pentadbiran mahkamah syariah dibincang dalam mesyuarat pertama JKSK
Mesyuarat juga akan mengesyorkan untuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini.
![Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan
Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti yang dijalankan oleh JAKIM dan JAWI diteruskan dengan aktif kepada masyarakat.
![Kunjungan Sheikh Al-Azhar buka ruang perkasa pendidikan tahfiz, al-Quran negara - Mohd Na'im Kunjungan Sheikh Al-Azhar buka ruang perkasa pendidikan tahfiz, al-Quran negara - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719997056_SheikhAlAzharAlS.jpg)
Kunjungan Sheikh Al-Azhar buka ruang perkasa pendidikan tahfiz, al-Quran negara - Mohd Na'im
Kunjungan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Prof Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia khususnya Darul Quran JAKIM akan membuka dimensi baharu.
![Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial
Mohd Na'im Mokhtar menafikan penglibatan dalam mengajak masyarakat menyertai mana-mana kumpulan di media sosial.
![Agamawan dinasihat hati-hati beri pandangan tentang hukum - Mohd Na'im Agamawan dinasihat hati-hati beri pandangan tentang hukum - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718854166_MohdNaimMokhtar.jpg)
Agamawan dinasihat hati-hati beri pandangan tentang hukum - Mohd Na'im
Katanya, agamawan seharusnya berterus terang dan perlu berani mengatakan tidak tahu jika mereka kurang arif.
![Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718838127_MohdNaimMokhtar.jpg)
Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
Kesemua mereka bagaimanapun sempat berwukuf pada 9 Zulhijjah (15 Jun 2024).