BERANI dan luar biasa....
Itu gambaran perwatakan Allahyarham Salleh Ben Joned yang disahkan meninggal dunia pada usia 79 tahun, awal pagi Khamis.
Pemergian penulis dan penyair itu disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada keluarga, negara dan dunia sastera.
Bagi adik kepada Allahyarham Salleh, Zaleha Md Said, 74 tahun, kenangan membesar bersama arwah akan sentiasa segar dalam ingatannya.
Sikap arwah yang sanggup berkorban dan bersusah payah demi keluarga membuatkan wanita itu tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi kisah abang tersayangnya itu.
"Ia kehilangan besar buat keluarga. Masa saya kecil dulu, dialah yang ambil berat tentang kita, sampai sakit pun, Alhamdulillah dia tidak menyusahkan orang dan dia pergi dengan senang.
"Dia sentiasa mengambil berat terhadap arwah emak dan saya sendiri. Dalam keadaan sudah sekali pun, dia (ketika menerima) biasiswa, dia menolong saya. Dia berkorban memberikan duit kepada saya, dan ketika melanjutkan pelajaran di Australia, dia menolong saya dari sana sebab kami sudah tiada ayah.
"Jasa dia memang tidak ternilai...," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini hari ini.
Anak kedua Allahyarham, Adam Kabir Salleh, 33 tahun, berkata bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan yang pelik sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Ujarnya, sumbangan besar bapanya kepada dunia kesusasteraan memberi inspirasi kepada dia untuk mengikut jejak langkah arwah.
"Saya berpeluang bercakap dengan arwah sehari sebelum (bapanya meninggal dunia). Tetapi kami tidak bercakap banyak kerana dia dalam keadaan tidak sedar.
"Jadi saya hanya menunggu dan dia tersenyum... dia tidak memberikan apa-apa ucapan, tetapi saya sangat menyayanginya," luah Adam.
Bagi anak saudaranya, Anwar Ismail, 60, pula, karya yang dihasilkan Allahyarham masih kekal hidup dan menjadi bualan dalam kalangan generasi muda.
Jelasnya, ia satu petunjuk baik bahawa karya-karya tersebut diterima baik dan dihargai oleh masyarakat.
"Nilai humor yang ada pada dia memang bertaraf antarabangsa. Saya harap generasi muda akan mengikut langkah arwah dalam kesinambungan dan meneruskan legasi," katanya.
Sementara itu, sahabat karib Allahyarham, Taib Wahab, 74 tahun, berkata, sehingga hujung hayat Salleh, arwah masih memikirkan tentang isu masyarakat dan negara.
Dia yang mengenali Allahyarham sejak mula bertugas di Universiti Malaya (UM) berkata, 'buah tangan' yang dihasilkan Salleh begitu istimewa, khususnya dalam menzahirkan kritikan tajam.
"Dia seorang yang 'private person', beliau jarang nak bercakap kecuali kita yang mula soal jawab dengannya.
"Dari sudut itu dia lebih banyak berfikir daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyentuh perasan orang.
"Jadi, orang yang tidak kenal mungkin akan tersinggung tetapi kawan-kawan sudah biasa dan kami boleh bercakap macam-macam tanpa batas dan tiada garis pemisah antara kami," katanya.
Terdahulu, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.
Selain Adam, Allahyarham yang dilahirkan di Melaka meninggalkan dua lagi cahaya mata iaitu Anna Salleh dan Siti Hawa Salleh.
Salleh popular dengan gaya penulisannya tersendiri, dan lebih dikenali dengan penerbitan karya dwi bahasa.
Antara buku yang pernah dihasilkan Allahyarham ialah Nothing is Sacred, The Amok of Mat Solo serta Sajak-Sajak Salleh yang ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Allahyarham pernah terlibat dalam dunia lakonan termasuk dalam filem Amok (1995), Paper Tiger (1975) dan Bintang Malam (1991).
Hasimi Muhamad
Thu Oct 29 2020
Salleh popular dengan gaya penulisannya tersendiri, dan lebih dikenali dengan penerbitan karya dwi bahasa. - Facebook @Salleh Ben Joned
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Kes buli UPNM: Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
Kaitkan dengan GISB, Mufti Perlis saman pemilik akaun Facebook
Pengurusan kes saman itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ong Yen Li pada 11 Nov ini secara e-review.
Agenda AWANI: E-Mobility Asia 2024: Building the future of green mobility in ASEAN
With rapid adoption of electric vehicles(EV) around the world and approximately 32,500 EVs on the road in Malaysia, how policy makers, businesses and consumers supporting the shift to greener transportation? What are the latest innovation and trends to make the switch?
Azrul Reza Aziz shares insights of the 2nd E-Mobility Asia (EMA) 2024 event and conference on Agenda AWANI 9 PM tonight.
Azrul Reza Aziz shares insights of the 2nd E-Mobility Asia (EMA) 2024 event and conference on Agenda AWANI 9 PM tonight.
Tiga suspek pengganas ditahan di Jawa Tengah - Polis Indonesia
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan bahawa unit antikeganasan Polis Nasional, Detasemen Khusus 88 (Densus 88), telah menahan tiga suspek pengganas di lokasi berbeza di Jawa Tengah pada Isnin.
Tujuh modul dibangunkan untuk pulih akidah pengikut GISB - Mohd Na'im
Sebanyak tujuh modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sedang dibangunkan oleh jawatankuasa khas yang kini berada di peringkat akhir.
Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang keputusan menyuarat MPC
Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini.
Tiada harapan besar untuk presiden baharu - Penduduk Gaza
Bagaimanapun, Nadia berharap usaha dapat digerakkan AS untuk sekurang-kurangnya mencapai gencatan senjata.
Pengundi Islam mahu Asia Barat jadi prioriti presiden baharu
Tumpuan dunia termasuk di Malaysia, kini terarah kepada perebutan jawatan presiden antara Naib Presiden Kamala Harris dan bekas presiden Donald Trump.
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.
Lelaki pecah cermin di hospital, tertekan akibat gagal lihat jenazah ahli keluarga
Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh menerima satu panggilan awam daripada Hospital Sungai Buloh pada 12 tengah malam memaklumkan kejadian itu.
Jenazah Arman San selamat dikebumi di Lahad Datu
Jenazah Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa selamat dikebumi pada 10.55 malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan.
Jenazah Cikgu Istiqomah selamat dikebumikan di Pasir Mas
Jenazah guru Istiqomah Ahmad Rozi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas di sini pada 11.50 malam tadi.
Jenazah tragedi letupan kapal di Bintulu selamat dikebumi pagi ini
Jenazah Allahyarham Muhamad Firdaus Abdull Fatah yang maut dalam letupan sebuah kapal di perairan Samalaju selamat dikebumikan.
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.
Lemas di kolam tentera: Nor Amar Mukhlis hasrat pulang ke kampung
Bapa Allahyarham berkata mengikut perancangan mereka sekeluarga bertolak ke kampung petang semalam selepas permohonan cutinya diluluskan.
Jenazah warga emas dibunuh selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh, Kemaman.