SHAH ALAM: Kejadian tanah runtuh melibatkan Blok J, Pangsapuri Cempaka, Sri Damansara di Petaling Jaya pada Rabu berpunca daripada pergerakan tanah dan seterusnya menyebabkan kerosakan paip pembetungan di kawasan tersebut.
Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menjalankan kerja-kerja alihan kumbahan sementara agar tidak mengalir di kawasan runtuhan dan bagi membolehkan kerja penambakan dapat dilaksanakan pada Khamis.
“Selaku syarikat pembetungan nasional, IWK sentiasa mematuhi segala peraturan kerja yang ditetapkan pihak berkuasa. Pihak syarikat akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan penduduk setempat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi penghuni di Pangsapuri Sri Cempaka,” kata kenyataan itu pada Jumaat.
Pada Rabu, satu kejadian runtuhan tebing dan tanah berlaku di Blok J, Rumah Pangsa Sri Cempaka kira-kira jam 4.45 petang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Mengulas lanjut, IWK memaklumkan bahawa kejadian berkenaan bukan kali pertama terjadi kerana runtuhan pertama berlaku di cerun bersebelahan Blok J, Pangsapuri Sri Cempaka pada 17 April tahun ini.
“Kerja-kerja pembaikan paip pembetungan segera dijalankan IWK dan siap pada 25 April lepas.
“IWK segera memaklumkan kepada pihak berkuasa berkenaan kerja pembaikan yang telah selesai melalui surat pada 28 April 2021 dan memohon pihak berkuasa segera melakukan pembaikan dinding parit monsun dan cerun berdekatan.
IWK berkata, siasatan terperinci untuk pengesahan keadaan paip telah dilakukan dengan menggunakan kamera litar tertutup pada Jun lalu dan mendapati struktur paip berada dalam keadaan baik dan berfungsi sempurna.
BACA: Tanah runtuh: 10 keluarga sudah keluar dari unit kediaman - Elizabeth Wong
Bagaimanapun, kata IWK, satu lagi kejadian tanah runtuh telah berlaku di tempat yang sama pada 26 Ogos 2021.
Jelasnya, ia sekali gus menyebabkan paip pembetungan di sana telah rosak buat kali kedua.
“Oleh yang demikian, kerja-kerja pembaikan sekali lagi segera dilakukan pada 1 September 2021 untuk sambungan dari pangsapuri dan siap pada 6 September 2021.
“IWK sekali lagi memohon melalui surat bertarikh 1 September 2021 kepada pihak berkuasa untuk segara melakukan pembaikan cerun serta dinding parit monsun bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.
“Kerja-kerja pembaikan untuk paip pembetungan yang lebih besar di kawasan cerun telah diteruskan pada 7 September 2021 sehinggalah kepada hari kejadian tanah runtuh kelmarin (Rabu),” jelasnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 17 2021

Runtuhan berlaku melibatkan tebing dan tanah di sebuah blok Rumah Pangsa Sri Cempaka. - Foto Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.

Tanah runtuh Melawati: Tiada lagi pergerakan tanah dikesan - JMG
Tiada lagi pergerakan tanah dikesan di kawasan tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati.

Tanah runtuh Taman Melawati: Pergerakan tanah dikesan, penduduk dinasihat tidak pulang bermalam
Penduduk Jalan E6, Taman Melawati yang diarah mengosongkan kediaman selepas kejadian tanah runtuh pagi Selasa, dinasihat tidak pulang ke rumah buat masa ini.

Tanah runtuh Puchong: Pemasangan cerucuk besi dijangka siap empat hari - MBSJ
Setakat hari ini sebanyak 121 daripada 375 cerucuk telah selesai ditanam.

Tiada pergerakan tanah signifikan dikesan di Puchong - Polis
Tiada pergerakan tanah signifikan dikesan berlaku di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan, Puchong.

Masih ada pergerakan tanah di Taman Wawasan
Pihak berkuasa mengesan masih terdapat pergerakan tanah di lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, pada 3.50 petang, pada Ahad.

Gempa bumi Maghribi: Gegaran baharu 4.5 magnitud dirasai di Marrakesh
Penduduk memberitahu agensi media mereka merasakan pergerakan tanah yang ketara, biarpun tiada kerosakan berlaku.

DBKL akan perkenal sistem amaran awal tanah runtuh
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperkenal Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh sebagai antara usaha pemakluman sekiranya terdapat kejadian pergerakan tanah di ibu kota.

Kerajaan Perak nafi perlombongan pasir punca gangguan air di Manjung, Perak Tengah
Kerajaan Perak menafikan dakwaan aktiviti mengorek pasir di Sungai Perak sebagai punca berlaku pergerakan tanah di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Kepayang, Bota sekali gus menjejaskan 79,360 a

Runtuhan cerun di Taman Bukit Berlian diisytihar kawasan bencana
Runtuhan cerun tersebut berpunca daripada aliran air luar biasa menyebabkan tanah menjadi lembut, seterusnya berlaku pergerakan.