Perbincangan mengenai Perjanjian Air 1962 di antara Singapura dan Malaysia dilihat positif dan kerajaan optimis ia mampu diselesaikan dengan baik walaupun memerlukan lebih masa lagi sebelum dimuktamadkan, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata paling penting mengenai isu air itu, kerajaan telah berjaya melangkah ke depan serta berjaya mengadakan pertemuan dan memulakan perbincangan dengan negara republik tersebut.
"Mengenai isu air ini, saya dengan Menteri Luar Singapura sedang mencari tarikh sesuai untuk bertemu dan berbincang lanjut dalam masa terdekat. Kesudian republik itu juga adalah sesuatu yang cukup memberangsangkan berbanding sebelum ini yang seolah-olah tiada perkembangan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kampus baharu Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur di Ampang Hilir hari ini.
Semalam jurucakap Kementerian Luar (MFA) Singapura dalam kenyataan berkata, ketika pertemuan di antara Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Nov 2018, kedua-dua pemimpin menyatakan kesediaan mereka untuk membenarkan pegawai masing-masing berbincang dengan lebih lanjut bagi lebih memahami kedudukan setiap pihak ke atas hak menyemak semula harga air bawah Perjanjian Air 1962.
Jurucakap itu berkata Peguam Negara dari kedua-dua negara kemudian mengadakan pertemuan pada Disember 2018, namun perbincangan mereka dibayangi oleh isu baharu yang timbul berhubung Had Pelabuhan Johor Bahru dan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen Seletar (ILS).
Saifuddin berkata bagaimanapun daripada lapan isu membabitkan Malaysia dan Singapura seperti isu ILS, Perjanjian Ruang Udara 1974, Maritim dan Had Pelabuhan, ada satu atau dua yang dilihat berpotensi untuk diselesaikan dalam masa terdekat.
"Buat masa ini saya melihat Isu Had Pelabuhan Johor Bahru merupakan satu daripada lapan isu membabitkan hubungan antara Malaysia dengan Singapura yang boleh diselesaikan terlebih dahulu.
"Saya percaya akan hubungan baik dengan Singapura dan setiap rundingan akan berjalan dengan lancar. Mengenai port limits ini, dijangka mampu selesai dalam masa terdekat berbanding isu air yang pada jangkaan saya akan ambil masa lebih lagi kerana ia agak rumit," tambahnya.
Bernama
Thu Feb 21 2019

Saifuddin berkata paling penting mengenai isu air itu, kerajaan telah berjaya melangkah ke depan serta berjaya mengadakan pertemuan dan memulakan perbincangan dengan negara republik tersebut. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.