KUALA LUMPUR: Peraturan media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet yang bakal diperkenal oleh kerajaan adalah bertujuan mengatasi penyebaran jenayah serta maklumat berbahaya sekali gus mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedar mungkin ada beberapa sekatan atau peraturan yang tidak popular namun ia perlu demi kesejahteraan masyarakat.
"Marcapada dan kecanggihan teknologi menuntut mana-mana pihak khususnya warga maya untuk meletakkan ketertiban tinggi tanpa menimbulkan sensitiviti hingga menggugat keamanan dan ketenteraman ketika menggunakan mana-mana platform media sosial yang ada," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Anwar berkata perkara itu disentuh dalam ucapan beliau pada Majlis Kenduri MADANI di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun, Perak hari ini.
Sebelum pulang, Perdana Menteri berkata beliau sempat menyantuni masyarakat setempat serta melawat Masjid Ar-Rashid yang bakal siap sepenuhnya dan berfungsi tidak lama lagi.
Pada Ahad lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perundangan baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan digital merangkumi peruntukan berhubung tatacara dan penguatkuasaan suis pemati akan dibentang di Parlimen Oktober ini.
Beliau berkata undang-undang itu antara lain bakal meletakkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet untuk memainkan peranan bagi menangani jenayah dalam talian seperti penipuan, buli siber, penyebaran bahan penganiayaan seksual kanak-kanak serta gangguan dan antun seksual.
Sehari sebelum itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memaklumkan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Menurut MCMC, langkah itu akan dikuatkuasakan 1 Jan depan selepas satu kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet diperkenal pada 1 Ogos ini.
Anwar berkata beliau turut melawat lokasi kebakaran di Kampung Manjoi, Tambun.
"Selain mendengar penerangan pihak bomba, saya juga sempat bertemu mangsa insiden kebakaran dan memberikan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat musibah ini. Mendoakan mereka terus tabah dan diberikan kesabaran tatkala menghadapi ujian ini," katanya.
Menerusi hantaran di laman Facebook semalam, Perdana Menteri berkata beliau menyampaikan sumbangan segera sebanyak RM5,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam kebakaran lapan buah rumah di kampung itu.
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim.
Menurut beberapa hantaran di laman Facebook, kebakaran yang berlaku sekitar 5.40 petang semalam memusnahkan lapan rumah dengan enam daripadanya berpenghuni. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
![Peraturan media sosial bakal diperkenalkan untuk wujud persekitaran maya selamat - PM Peraturan media sosial bakal diperkenalkan untuk wujud persekitaran maya selamat - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722265695_TBANWAR.jpg)
Anwar berkata kerajaan sedar mungkin ada beberapa sekatan atau peraturan yang tidak popular namun ia perlu demi kesejahteraan masyarakat. - Gambar FB Anwar Ibrahim
Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan serta berupaya memenuhi keperluan, situasi, cabaran, kemajuan dan teknologi semasa.
Polis minta bantuan kesan lelaki hilang sejak 25 Julai
Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak
Lima pelajar merusuh, pukul junior ditahan
Polis menahan lima pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun bagi membantu siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu dipukul sehingga mengalami kecederaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di Ipoh pada 24 Julai lepas.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di Ipoh pada 24 Julai lepas.
Populasi Harimau Malaya hanya tinggal 5 peratus berbanding 70 tahun dulu
Sekitar tahun 1950-an, pupulasi Harimau Malaya di Malaysia mencecah lebih 3,000 ekor, namun selepas 70 tahun, populasi haiwan terancam itu hanya tinggal 5 peratus daripada angka itu.
Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan
Malaysia sama sekali tidak akan mengiktiraf tuntutan pihak asing bahawa Sabah bukan sebahagian daripada negara ini, dan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah itu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya menyedari penularan sebuah video, yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya menyedari penularan sebuah video, yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Fahmi mahu persekitaran digital selamat untuk Malaysia
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata beliau dan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura, Josephine Teo antara lain berbincang tentang cabaran dan proses kawal selia media sosial Singapura yang telah pun dilaksanakan sejak 2 tahun lalu.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
100 tercedera, keretapi bertembung dengan trak di selatan Moscow
Lebih 100 orang tercedera susulan sebuah keretapi penumpang bertembung dengan sebuah trak kamaz di wilayah Volgograd, Rusia.
378,000 paten AI China melonjak melepasi purata global
Bilangan paten ciptaan berkesan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di China telah mencapai 378,000 sehingga akhir 2023, dengan kadar pertumbuhan tahunan melebihi 40 peratus.
Risikan Korea Selatan dakwa Kim Jong Un alami masalah jantung
Penggubal undang-undang Korea Selatan pada Isnin mendakwa pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un kini sedang mengalami masalah kesihatan
Agensi Berita Yonhap memetik agensi perisik Korea Selatan sebagai berkata, pentadbiran Korea Utara juga dikatakan sedang mencari ubat-ubatan alternatif bagi menyelesaikan masalah jantung.
Agensi Berita Yonhap memetik agensi perisik Korea Selatan sebagai berkata, pentadbiran Korea Utara juga dikatakan sedang mencari ubat-ubatan alternatif bagi menyelesaikan masalah jantung.
![Peraturan media sosial bakal diperkenalkan untuk wujud persekitaran maya selamat - PM Peraturan media sosial bakal diperkenalkan untuk wujud persekitaran maya selamat - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722265695_TBANWAR.jpg)
Peraturan media sosial bakal diperkenalkan untuk wujud persekitaran maya selamat - PM
Peraturan media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet yang bakal diperkenal oleh kerajaan adalah bertujuan mengatasi penyebaran jenayah serta maklumat berbahaya.
![ASEAN perlu kerjasama teliti kerangka kawal selia internet - Fahmi ASEAN perlu kerjasama teliti kerangka kawal selia internet - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
ASEAN perlu kerjasama teliti kerangka kawal selia internet - Fahmi
ASEAN perlu bekerjasama dalam meneliti kerangka kawal selia lebih tegas memastikan ekosistem internet yang lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga di rantau ini.
![Perkhidmatan media sosial perlu berlesen langkah tepat - Ahmad Zahid Perkhidmatan media sosial perlu berlesen langkah tepat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722145896_AhmadZahidHamidi.jpg)
Perkhidmatan media sosial perlu berlesen langkah tepat - Ahmad Zahid
Langkah MCMC yang memerlukan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet memohon lesen merupakan satu langkah tepat.
![Platform media sosial, pesanan Internet wajib mohon lesen mulai 2025 - MCMC Platform media sosial, pesanan Internet wajib mohon lesen mulai 2025 - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695385902_TBMCMCLogo.jpg)
Platform media sosial, pesanan Internet wajib mohon lesen mulai 2025 - MCMC
Semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
![Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721808891_TBFahmi.jpg)
Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan
Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC untuk memantap dan selaraskan tindakan aspek siasatan dan pendakwaan berhubung jenayah dalam talian.
![Komen lucah isu khatan bayi, tiga individu dikompaun RM75,000 Komen lucah isu khatan bayi, tiga individu dikompaun RM75,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161712_MCMCLogo.jpg)
Komen lucah isu khatan bayi, tiga individu dikompaun RM75,000
Tiga individu dikenakan kompaun RM25,000 setiap seorang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik komen yang bersifat lucah melalui aplikasi media sosial Facebook.
![MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721211871_MCMCKomenJelik.jpg)
MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif
Secara keseluruhan enam suspek disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform media sosial
![Hantaran sentuh isu 3R di TikTok, MCMC siasat penjawat awam Hantaran sentuh isu 3R di TikTok, MCMC siasat penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Hantaran sentuh isu 3R di TikTok, MCMC siasat penjawat awam
Seorang penjawat awam disiasat MCMC selepas dipercayai mengeluarkan hantaran jelik melibatkan elemen 3R iaitu agama, kaum dan raja di akaun TikTok miliknya.
![MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720840148_PDRMMCMC.jpg)
MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber
MCMC dan PDRM akan meneliti SOP untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.
![MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701680355_DatukSivarajChandr.jpg)
MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memantau siaran-siaran langsung yang dilakukan di platform TikTok.