PUTRAJAYA: Seorang penjawat awam disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas dipercayai mengeluarkan hantaran jelik melibatkan elemen 3R iaitu agama, kaum dan raja di akaun TikTok miliknya.
Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan lelaki berusia 29 tahun itu telah disoal siasat oleh pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di Sungai Petani, Kedah pada Khamis lepas.
"MCMC telah menemukan akaun TikTok yang disiasat pada telefon pintar suspek. Kesemua barangan kes yang berkaitan dirampas dan disita untuk siasatan lanjut," menurut kenyataan itu.
MCMC memaklumkan pihaknya telah menyerahkan Notis Kehadiran pada hari yang sama kepada lelaki berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Kes disiasat mengikutSeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, menurut MCMC.
Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk membuat sebarang hantaran dan komunikasi yang bertentangan dengan undang-undang khususnya kandungan melibatkan 3R yang berpotensi menggugat ketenteraman awam.
"Penjawat awam juga diingatkan untuk tidak menggunakan media sosial bagi tujuan menyebarkan mesej yang melanggar undang-undang negara seperti yang terkandung dalam peringatan berkaitan arahan larangan membuat pernyataan awam oleh pegawai awam," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
MCMC memaklumkan lelaki berusia 29 tahun itu telah disoal siasat oleh pihaknya di IPD Kuala Muda di Sungai Petani, Kedah pada Khamis lepas. - Gambar fail/Adobe Stock
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Albania sekat akses TikTok selama setahun selepas tragedi remaja dibunuh
Ini susulan kejadian pembunuhan seorang remaja bulan lalu yang menimbulkan kebimbangan pengaruh media sosial terhadap kanak-kanak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
TikToker Rayyan Wong ditahan kes hina Agong, TMJ dan PM
Selain tangkapan, polis juga turut merampas telefon pintar dipercayai milik suspek.
Larangan aplikasi: Mahkamah Agung AS akan dengar rayuan TikTok
Mahkamah Agung AS pada Rabu memutuskan untuk mendengar rayuan TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance.
TikTok mohon Mahkamah Agung AS halang arahan pengharaman operasi
Pengharaman dikenakan kerana ByteDance tidak menjual TikTok kepada syarikat bukan milik China seperti yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS) pada Mac lalu.
Akaun TikTok Fahmi Reza disekat
Akaun TikTok milik aktivis, Fahmi Reza disekat semasa melakukan sesi penstriman secara langsung di Universiti Malaya, malam tadi.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
Artis Malaysia lancar lagu #ThinkTwice di TikTok, pupuk nilai positif dalam talian
#ThinkTwice mengingatkan semua agar mempunyai empati, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga masyarakat yang lebih luas kerana kata-kata mempunyai kuasa.