TANJUNG MALIM: Polis telah merakam percakapan tujuh individu yang dipercayai terlibat dengan perarakan yang diiringi menggunakan khidmat helikopter dan kuda di sekitar pekan Ipoh melibatkan kematian seorang pemilik kedai pakaian tradisional India tertua di sini, 27 Nov lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata individu itu ialah juruterbang helikopter, wakil dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pengurus mayat, pengurus syarikat acara, waris keluarga, pemilik kuda serta pemilik helikopter berkenaan.
Beliau berkata pihaknya akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas hasil siasatan selesai.
"Hasil siasatan mendapati mereka tidak mendapat kebenaran untuk mengadakan perarakan kerana ia diadakan secara ad hoc, tiada dalam perancangan pada awalnya.
"Namun, anak-anak (mendiang) ambil keputusan untuk membuat perarakan bagi membawa mayat ke tanah perkuburan. Bagaimanapun, hasil siaatan mendapati juruterbang helikopter itu mendapat kebenaran untuk melakukan penerbangan rendah dalam perarakan itu," katanya.
Mior Faridalathrash berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tahun 2021 melibatkan 65 penuntut terdiri daripada 31 lelaki dan 34 wanita di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini hari ini.
Kejadian itu turut tular di laman media sosial memaparkan rakaman video sebuah helikopter terbang rendah dan menaburkan bunga mengiringi perarakan itu.
Perarakan turut disertai beberapa individu yang dilihat menunggang kuda dikatakan dari rumah mendiang ke tempat pengebumian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 05 2021

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas hasil siasatan selesai. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Perarakan kematian diiringi helikopter dan kuda: 7 lelaki dirakam percakapan
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas hasil siasatan selesai.

Polis siasat perarakan kematian guna helikopter dan kuda
Satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya wujud sebarang kesalahan.

Langgar SOP sertai perarakan kematian, 12 lelaki didakwa di mahkamah
Mereka didakwa melanggar arahan KP Kesihatan dengan cara menjalankan perarakan kematian bagi tujuan keagamaan di dalam kawasan jangkitan.