KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan empat lelaki kerana bermain bunga api secara berlawanan melibatkan dua kumpulan di sekitar kawasan Lembah Sireh, di sini, kira-kira pukul 3 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kesemua mereka antara 22 hingga 27 tahun itu, ditahan ketika sedang berlawanan bunga api di dua lokasi berbeza, iaitu sekitar Pasaraya Lotus dan di atas Jambatan Sultan Yahya Petra, sehingga menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam.
"Pihak kami telah menerima paggilan telefon dari MERS 999 memaklumkan berkenaan kejadian terbabit dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.
"Kesemua mereka yang ditahan dibebaskan selepas keterangan diambil dan amaran keras dikeluarkan, agar tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rosdi berkata bermain bunga api sehingga mengganggu ketenteraman atau membahayakan orang awam, merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955.
"Malah, individu yang sengaja mengakibatkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207) dan dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
Sebelum ini, tular satu video berdurasi lima minit 16 saat mengenai kejadian tersebut di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
!['Perang bunga api': Polis Kelantan tahan 4 lelaki 'Perang bunga api': Polis Kelantan tahan 4 lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712827065_tbbungaapi.jpg)
Semua mereka ditahan kerana menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam. - Gambar/ Media sosial
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
!['Perang bunga api': Polis Kelantan tahan 4 lelaki 'Perang bunga api': Polis Kelantan tahan 4 lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712827065_tbbungaapi.jpg)
'Perang bunga api': Polis Kelantan tahan 4 lelaki
Polis Kelantan menahan empat lelaki kerana bermain bunga api secara berlawanan melibatkan dua kumpulan di sekitar kawasan Lembah Sireh, di sini, kira-kira pukul 3 pagi, semalam.