PUTRAJAYA:Peranan aktif 20 pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19, boleh dibaca dalam buku 'Nation Call - Kompilasi Laporan Penugasan Pandemik COVID-19" yang dilancarkan hari ini.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang berkata 20 pegawai kanan ATM itu berperanan sebagai "think tank" yang turut bekerjasama dengan 22 agensi kerajaan berkepentingan bagi mencari jalan penyelesaian dan langkah yang harus diambil kerajaan ketika negara berhadapan dengan cabaran COVID-19.
"Antara sumbangan ATM mengawal COVID-19 termasuklah membantu aspek kesihatan awam seperti pengesanan kontak, corak pergerakan manusia dalam kawasan COVID-19 dan membina 'situational awareness'," katanya.
"Mereka berkolaborasi bagi pembentukan Joint Common Operating Picture (J-COP) untuk berkongsi maklumat bagi membantu proses membuat keputusan-keputusan kritikal.
"Semua usaha ini dilaksanakan dengan berhemah dan profesional hingga berjaya mencadangkan opsyen-opsyen penyelesaian dan diangkat untuk dipertimbang seterusnya diperakui oleh kerajaan," katanya ketika melancarkan buku 'Nation Call - Kompilasi Laporan Penugasan Pandemik COVID-19" itu, di sini hari ini.
Affendi berkata 20 pegawai kanan ATM itu, yang terdiri daripada pegawai berpangkat Brig Jen dan Kol atau setaraf dengannya, merupakan peserta Kursus Ketahanan Nasional 2020 (KKN 2020) siri pertama yang bermula pada 3 Sept 2019 dan ditutup secara rasmi pada hari ini.
"Peserta bukan sahaja berjaya menjalani kursus dengan efektif malah pada waktu yang sama berjaya berkhidmat dengan cemerlang demi kepentingan negara," katanya.
Pada majlis penutup KKN 2020 itu di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di sini, Affendi menyampaikan sijil kepada 20 pegawai kanan ATM itu yang juga peserta KKN 2020 termasuk penulis buku "Nation Call" Brigadier Jeneral Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Hamid.
Mohd Radzi memberitahu Bernama, pasukan ATM terlibat merangka sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) di kementerian-kementerian dan pelaksanaan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan.
"Kami mendraf, membahas SOP, menguji cuba dan menggabung data semua kementerian di bawah satu kawalan. Kami turut mencadangkan kerajaan menubuhkan tabung stabilisasi ekonomi. Kami juga mencadangkan kerajaan untuk memberi pemahaman kepada rakyat tentang new norms yang berlainan dengan gaya hidup sebelum COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020
Tan Sri Affendi Buang menunjukkan buku "Nation Call" yang merupakan buku kompilasi laporan penugasan Pandemik COVID-19 selepas melancarkannya pada Majlis Penutup Kursus Ketahanan Nasional 2020 (KKN 2020). - Foto BERNAMA
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
Malaysia, Kuwait bincang perolehan pesawat F/A-18 Hornet
Malaysia sedang berbincang dengan Kuwait bagi memperoleh pesawat F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.
Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly
Perolehan pesawat tempur Hornet akan diputuskan selepas Kementerian Pertahanan memperoleh laporan lengkap daripada pasukan teknikal TUDM.
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.