SANTUBONG: Malaysia menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) khususnya dalam pemindahan teknologi untuk peralihan tenaga dan keselamatan air di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

"Ini merupakan satu lagi bidang yang perlu kita fokuskan, kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah meminta saya untuk melihat bagaimana kita boleh bekerjasama secara global, terutamanya teknologi dan sistem baharu serta bagaimana kita boleh mengurangkan pelepasan karbon di negara ini.

Sementara itu, Duta EU ke Malaysia Michalis Rokas berkata EU akan bekerjasama dengan Sarawak dan kerajaan Persekutuan, dalam mencari penyelesaian mengenai ketersambungan dan pendigitalan bagi mempercepatkan peralihan tenga hijau di Malaysia.

"Kami akan datang semula untuk persidangan hidrogen pada Jun... Kami akan datang ke Sarawak untuk beberapa kali dan kami yakin bahawa ini merupakan satu permulaan kerjasama antara EU dan Sarawak serta Malaysia," katanya.

-- BERNAMA