JOHOR BAHRU: Banjir kilat berpotensi berlaku di seluruh negeri Johor berikutan peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga Mei depan, menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Bagaimanapun, situasi itu tidak kritikal seperti ketika Monsun Timur Laut.
"APM Johor telah bersiap siaga dengan keanggotaan lebih 700 orang serta logistik termasuk pacuan empat roda, bot penyelamat, ambulans sejak dari permulaan Monsun Timur Laut yang berlaku semasa awal Januari lepas untuk menghadapi sebarang kemungkinan," menurut APM dalam kenyataan hari ini.
APM menasihatkan kepada penduduk yang berisiko terjejas banjir supaya patuh dengan arahan pihak berkuasa dan berpindah keluar sekiranya keadaan banjir di tempat masing-masing menjadi semakin buruk.
"Jangan sesekali cuba meredah jalan raya yang dinaiki air oleh kerana risiko kenderaan hanyut oleh arus dan terperangkap adalah tinggi.
"Sebagai persediaan awal, juga dinasihatkan agar sentiasa mengambil maklum ramalan cuaca harian supaya persediaan selanjutnya dapat dilakukan," menurut APM.
APM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak lupa membawa dokumen penting termasuk kad pengenalan dan sijil kelahiran.
Pada Jumaat lepas, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dilaporkan berkata Malaysia dijangka mengalami fasa peralihan monsun bermula Isnin hingga pertengahan Mei depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut sejak 3 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022
Banjir kilat berpotensi berlaku di seluruh negeri Johor berikutan peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga Mei depan, menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM). - Gambar fail
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.
[TERKINI] Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa membunuh
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah majistret Mersing atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but kereta bulan lalu.
tenaga kerja, buruh, teknologi, masa depan pekerjaan, Buletin AWANI
Profesor Sumber Manusia & Hubungan Industri, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman mengupas berkenaan masa depan tenaga kerja negara termasuk melihat kepada cabaran, peluang dan ruang penambahbaikan.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.
Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.
Malaysia akan fokuskan kepimpinan ekonomi berasaskan nilai - PM
Langkah itu mencerminkan komitmen Malaysia sebagai peneraju kepimpinan ekonomi berasaskan nilai.
Anak Shin Tae-yong dedah sebab bapanya pilih Indonesia
Anak bekas pengendali Indonesia, Shin Jae-won, berkongsikan perasaannya yang berasa hiba selepas tempat ayahnya, Shin Tae-yong digantikan.
Peralihan monsun: Banjir kilat berpotensi berlaku di Johor
Banjir kilat berpotensi berlaku di seluruh negeri Johor berikutan peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga Mei depan, menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM).