PUTRAJAYA: Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira sebelum Malaysia boleh memasuki Fasa Endemik COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Dalam temu bual khas bersama media pada Rabu, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pengumuman COVID-19 sebagai endemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memerlukan pertimbangan dan persediaan sebaiknya bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga peringkat antarabangsa.
Keputusan pengisytiharan endemik oleh WHO, jelasnya lagi, mengambil kira setiap aspek bagi memastikan kemaslahatan masyarakat secara menyeluruh.
“(Malaysia akan memasuki fasa endemik) … apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 memasuki fasa endemik. Pada masa ini, ia masih diisytiharkan sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) yang membimbangkan di peringkat antarabangsa.
“Oleh itu, kita masih perlu berhati-hati dan memantau situasi COVID-19 untuk satu jangka masa,” katanya lagi.
Faktor kedua, terang Khairy, ialah pengisytiharan Malaysia sebagai kawasan tempatan jangkitan di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] masih berkuatkuasa sehingga Disember 2022.
Dan yang ketiga, kata beliau, adalah pandangan Pakar Perubatan Penyakit Perjangkit dan Pakar Epidemiologi tentang ketersediaan Malaysia untuk mengumumkan COVID-19 sebagai endemik.
“Kadar infektiviti COVID-19 masih tinggi di Malaysia, justeru keputusan untuk mengumumkannya sebagai endemik perlu difikirkan secara menyeluruh.
“Mutasi virus COVID-19 masih berlaku dan kebimbangan kemunculan varian dan subvarian baharu perlu di ambil kira,” kata Khairy.
Beliau berkata demikian kepada media dalam satu temu bual khas di Putrajaya pada Rabu, sempena setahun menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta selepas meneliti syor daripada menteri kuartet.
Tegasnya, peralihan fasa tersebut merupakan ‘exit strategy’ bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali ke kehidupan hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
Sehingga kini, Khairy berkata, kadar kematian disebabkan oleh COVID- 19 adalah rendah di mana secara cumulative case fatality rate adalah sebanyak 0.23%.
Namun begitu, jelasnya lagi, apabila dianalisa, didapati majoriti kes kematian (75%) adalah terdiri daripada individu berumur 60 tahun dan ke atas, manakala 86% kematian berlaku dalam kalangan individu yang mempunyai sekurang- kurangnya satu komorbiditi.
“Setakat hari ini, Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang terdiri daripada pakar- pakar telah menyesyorkan agar dos penggalak kedua diberikan kepada golongan rentan dan berisiko tinggi tersebut bagi memastikan perlindungan yang optimum terhadap gejala teruk serta kematian akibat dari COVID- 19.
“Walau bagaimanapun, KKM akan sentiasa memantau perkembangan semasa dan akan memberikan saranan terkini berdasarkan bukti terbaru termasuk data epidemiologi , kemunculan variant of concern COVID- 19 yang baru serta faktor- faktor kesihatan awam yang lain,” katanya lagi.
Buat masa ini, Khairy berkata, pelbagai negara turut mempertimbangkan pengambilan vaksin secara tahunan ataupun berkala seperti mana vaksin influenza dan lain- lain.
Firdaus Azil
Thu Sep 22 2022

Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira sebelum Malaysia boleh memasuki Fasa Endemik COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. - BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Peralihan ke Fasa Endemik COVID-19 masih dalam pertimbangan - Khairy
Keputusan pengisytiharan endemik oleh WHO, kata Khairy, mengambil kira setiap aspek bagi pastikan kemaslahatan masyarakat secara menyeluruh.