Keselamatan di pintu masuk seperti lapangan terbang, stesen kereta api dan pelabuhan telah ditingkatkan menggunakan peralatan pemantauan lebih berkesan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman, kata Menteri Pengangkutran Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Langkah berjaga-jaga di pintu-pintu masuk utama diambil sejak tahun lepas," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Kesedaran Moral di pejabatnya di sini hari ini.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) misalnya telah membaharui dan mengukuhkan peralatannya di lapangan terbang dengan kemampuan untuk memantau dan mengesan pengganas yang memasuki negara, kata beliau.
Lebih banyak peralatan pemantauan seperti televisyen litar tertutup (CCTV) dipasang dengan banyak kakitangan keselamatan dikerah untuk mengukuhkan keselamatan di pelabuhan dan stesen kereta api, katanya.
Sambil melahirkan kebimbangan terhadap serangan pengganas di Jakarta dan Turki, Liow berkata: "Ia isu yang serius dan kami perlu melaksanakan banyak langkah pencegahan. Saya berharap orang ramai bertenang dan menaruh keyakinan kepada pasukan keselamatan negara untuk melindungi dan mencegah kejadian yang tidak diingini di Malaysia."
Lori hantu
Sementara itu, Liow berkata kementeriannya akan mengkaji semula penggunaan lori hantu yang tidak mempunyai cukai jalan dan insurans, khususnya di tapak pembinaan kerana didapati mereka turut menggunakan jalan awam.
Beliau berkata peraturan sekarang ialah lori hantu tidak dibenarkan berada di jalan awam kerana ia boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
"Kami akan mengkaji semula kedudukan lori hantu ... kecuali anda berada jauh di dalam hutan (jika tidak) kamu (lori hantu) akan menggunakan jalan kerajaan dan ia akan menimbulkan bencana kepada pengguna jalan raya yang lain," kata beliau.
Minggu lepas, sebuah lori hantu merempuh 37 kenderaan di hadapan sebuah sekolah menengah di Bandar Damai Perdana, Cheras, Kajang dan menyebabkan dua pelajar terbunuh.
Bernama
Mon Jan 18 2016
TIONG LAI: Langkah berjaga-jaga di pintu-pintu masuk utama diambil sejak tahun lepas.
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.
AI tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Euro 2024: Jerman perketat kawalan sempadan
Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Faeser mengumumkan untuk melindungi UEFA Euro 2024 daripada sebarang ancaman keganasan yang berpotensi.
Jasmine Loo belum buat laporan polis mengenai ancaman daripada Jho Low
"Saya tidak mahu membahayakan diri saya dengan melakukan sebarang gerakan bertentangan dengan arahan Jho Low, itulah sebab saya tidak ke mana-mana."
Waspadalah terhadap ancaman COVID-19 walaupun ia bukan lagi darurat kesihatan global
WHO berpandangan penduduk dunia masih perlu menguruskan COVID-19 sebagai ancaman berterusan terhadap kesihatan.
Kerajaan perlu pastikan persekitaran yang selamat untuk pembikin filem, kata sekumpulan rakyat Malaysia
Kumpulan itu berharap kerajaan dapat memastikan kandungan kreatif yang dianggap menyinggung dikendalikan secara bebas.
AS akan bertindak terhadap ancaman China - Biden
Andai China mengancam kedaulatan kami, kami akan bertindak untuk melindungi negara kami. Dan kami akan buktikannya, kata Biden.
Banjir: Sungai Kalor melimpah, penduduk risau buaya mendiami kampung
Penduduk Kampung Kolam, Gelang Mas masih belum dapat menarik nafas lega kerana berdepan risiko ancaman haiwan berbisa serta buaya.