GOPENG: Perak menyasarkan 80 peratus liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk akan dicapai di seluruh negeri itu menjelang hujung tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Multimedia, Komunikasi dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Digital Nasional Bhd (DNB) terutama dalam hal membabitkan lokasi serta kepentingan dalam menyediakan liputan tersebut.
"Kita mahu liputan 5G ini diselaraskan dengan sebaiknya dan sampai kepada golongan sasaran. Sebagai contoh, apabila kilang Proton berpindah dari Shah Alam ke Tanjung Malim, jadi akan berlaku perpindahan manusia dan pemain industri ke sana.
"Jadi dengan perpindahan itu, kita nampak ia sebagai satu kepentingan untuk kita letakkan capaian 5G ini di sana. Lebih penting ia akan memberi nilai tambah dan menarik lebih ramai pelabur berkampung dan mendirikan kilang di Tanjung Malim," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan (PPDKiS) di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini pada Sabtu.
Pada Jumaat, Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad memaklumkan capaian rangkaian 5G dalam kawasan berpenduduk di Perak telah mencapai kadar 70.8 peratus setakat Ogos lepas.
Sementara itu, Mohd Azlan berkata sebanyak 80 sekolah membabitkan lebih 3,000 peserta terdiri daripada guru dan pelajar di daerah Kinta Selatan telah menyertai PPDKiS.
Beliau berkata program tahunan itu secara dasarnya merupakan platform dalam menyebar inovasi dan pencapaian hasil pelajar serta guru berkaitan teknologi, multimedia, makanan, kesenian dan sebagainya.
"Program ini satu wadah yang harus diberikan pujian kerana ia dapat mencungkil bakat dan menarik minat terutama dalam kalangan pelajar untuk lebih berdaya saing dan mampu berfikir secara kritikal khususnya dalam bidang inovasi.
"Jika usaha ini dilakukan berterusan, saya percaya bidang inovasi boleh diperkasakan dan lebih banyak hasil (inovasi) yang lebih bermutu dapat dihasilkan," katanya.
Program itu turut diserikan dengan penyertaan pameran dan reruai daripada usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) serta agensi kerajaan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023

Perak menyasarkan 80 peratus liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk akan dicapai di seluruh negeri itu menjelang hujung tahun ini.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.

Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.

Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.

Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah
Ia menerima Sijil SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat.

Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.

Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.

PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti

Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.