Sejajar dengan pelaksanaan Pangkor Pulau Bebas Cukai dan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020, kerajaan negeri Perak akan terus menggiatkan usaha pembangunan produk-produk pelancongan di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bagi mempergiatkan usaha promosi sektor pelancongan di Perak, tumpuan akan diberikan kepada pemasaran digital.
“Antaranya, pengenalan QR Code dan e-brochures, video penjenamaan Pride of Perak (POP), familiarisation trip untuk media dan vlogger antarabangsa.
"Juga, meningkatkan penggunaan pelbagai platform media sosial serta mewujudkan rakan-rakan strategik di kalangan agensi-agensi kerajaan lain, pihak swasta serta badan-badan bukan kerajaan," katanya dalam ucapan sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2020 di sini, malam tadi.
Teks ucapan beliau dibacakan Exco Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing.
Antara produk pelancongan termasuk perpustakaan digital, pertunjukan cahaya dan bunyi di Padang Ipoh, menaiktaraf Lata Tebing Tinggi dan papan tanda di Selama, pintu gerbang kacang puteh di Ipoh, pagar kaca Gua Naga Mas di Kampar, Beting Beras Basah di Bagan Datoh, Galeri Pangkor dan memperluaskan perkhidmatan Bas HOHO ke kawasan pelancongan di Tambun, Gopeng dan Batu Gajah.
BACA: Fokus kepada 'Perak Man' sebagai tarikan pelancong
BACA: Taiping tersenarai antara 100 destinasi terbaik pelancongan eko dunia 2018
Ahmad Faizal yakin semua usaha itu akan menghasilkan limpahan ekonomi kepada rakyat, seterusnya memacu sektor pelancongan.
Menurutnya, untuk mencapai hasrat itu, kerajaan negeri memerlukan kerjasama erat semua pihak dalam merealisasikan potensi besar negeri Perak sebagai hub sektor pelancongan utama.
Beliau yakin, kedatangan pelancong antarabangsa ke Perak akan terus meningkat berbanding 291,253 pengunjung pada 2018 yang mencatatkan peningkatan hampir sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya.
BACA: Pangkor pulau bebas cukai: Pastikan rakyat tidak jadi Lebai Malang - Sultan Nazrin
BACA: RM10 juta persiapan jadikan Pangkor pulau bebas cukai
Di samping itu, katanya, Perak juga berjaya mengekalkan kedudukan tiga negeri tertinggi menerima pelancong domestik dengan kehadiran seramai 7.6 juta pengunjung pada 2018.
“Kita juga berjaya mencatatkan peningkatan penginapan hotel atau hotel guests sebanyak 6.26 peratus dalam tempoh yang sama,” ujarnya.
Mengenai Pangkor Pulau Bebas Cukai, beliau memberitahu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dijangka mencemar duli menghadiri majlis pengisytiharan yang akan berlangsung pada tarikh yang akan ditetapkan.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Dec 31 2019
Van teksi dengan warna merah jambu sentiasa tersedia sepanjang hari untuk memudahkan para pelancong meneroka kawasan sekitar Pulau Pangkor antaranya Pantai Pasir Bogak serta Teluk Nipah di Pulau Pangkor. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.