Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Harapan akan menunaikan satu daripada 31 janji yang ditawarkan kepada rakyat Perak, iaitu pemberian air percuma kepada golongan sasaran.
Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata proses perbincangan bersama pentadbiran yang berkaitan sedang dibuat, termasuk dengan Lembaga Air Perak (LAP).
"Kami dapati ada ruang luas yang mencukupi untuk kami laksanakan dalam masa terdekat.
"Jadi kami akan tentukan definisi yang lebih jelas mengenai kumpulan sasaran yang akan merasai nikmat pemberian air percuma itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kariah di Masjid Jamek Ar-Rahmaniah, Chenderiang, dekat sini malam tadi.
Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata tawaran tersebut akan dilaksanakan dalam 100 hari pertama, namun mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri.
Jelas beliau, pihaknya mempunyai keyakinan penuh terhadap LAP untuk melaksanakan satu daripada manifesto Pakatan Harapan negeri itu ketika Pilihan Raya Umum ke-14.
Dalam pada itu mengulas mengenai tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Manjoi yang membantah penjualan minuman keras di sebuah pasar raya baru-baru ini, Ahmad Faizal menasihati NGO terbabit agar mengikut saluran yang disediakan dan bukannnya bertindak bersendirian bagi mengelakkan masalah lain timbul.
"Saya faham dengan sentimen dan emosi NGO itu memandangkan Kampung Manjoi merupakan Kampung Melayu terbesar dalam negara.
"Namun begitu, saya berpendapat perkara ini boleh disalurkan kepada pihak kerajaan dan boleh kita mengadakan rundingan dengan pihak pengusaha pasar raya," katanya.
Khamis lepas, sekumpulan individu mendatangi sebuah pasar raya dan meminta pekerja premis itu berkenaan mengosongkan peti sejuk yang mengandungi minuman keras.
Menteri Besar itu yang juga Anggota Parlimen Tambun turut menasihatkan pengusaha pasar raya yang beroperasi di kawasan majoriti Melayu agar lebih sensitif dengan masyarakat sekeliling mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 26 2018
Ahmad Faizal berkata pihaknya mempunyai keyakinan penuh terhadap LAP untuk melaksanakan satu daripada manifesto Pakatan Harapan negeri itu ketika Pilihan Raya Umum ke-14. - Gambar fail
Olimpik Paris 2024: Pusat Media Utama kembali operasi seperti biasa
MPC yang terletak di Palais des Congres di Porte Maillot, beroperasi sepenuhnya dengan protokol keselamatan biasa.
Malaysia seru Pelan Tindakan ARF dikemas kini
Kementerian Luar Malaysia dalam hantaran Facebooknya berkata Mohamad membuat seruan sedemikian semasa ARF ke-31 pada 27 Julai di Vientiane, Laos.
Perak negeri tertinggi terima dana SejaTi MADANI
Perak merupakan negeri yang menerima geran tertinggi iaitu melibatkan 113 pemohonan dengan peruntukan RM10.1 juta.
Sekolah rintis Johor diyakini tingkat kualiti pendidikan - MB
Guru-guru yang terlibat akan dipersiap dengan kurikulum dan ilmu yang diperlukan sebelum program bermula pada Februari 2025.
Pahang peruntuk lebih RM3 juta untuk program pembangunan belia
Peruntukan itu disalurkan melalui Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Majlis Belia Pahang serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri.
KPKM hasrat tingkat pengeluaran tanaman durian MDUR 88
KPKM berhasrat memperluas tanaman durian hibrid MDUR 88 sebagai usaha meningkatkan pengeluaran durian untuk dieksport ke pasaran antarabangsa.
KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.
Feri ikonik Pulau Pinang kian reput, mungkin dilupus - Chow
Enam feri ikonik Pulau Pinang yang sudah lagi tidak digunakan mungkin dilupuskan jika tiada pihak yang berminat mengambil alih atau mengubah suai kegunaannya.
KPDN N.Sembilan rekod rampasan diesel bernilai RM1.67 juta setakat Jun
KPDN Negeri Sembilan merekodkan hasil rampasan melibatkan penyelewengan diesel berjumlah RM1.67 juta dari Januari hingga 10 Jun lepas.
Inisiatif solar jimat kos, lestari buat penduduk kampung
Disebabkan sering terputus bekalan elektrik, sebuah perkampungan yang terletak di Delta Sharqiya di pedalaman Mesir kini mampu berbangga, apabila inisiatif yang ditampilkan sejak sekian lama kini terus berkembang dan berjaya mentransformasi kehidupan penduduk.
Inisiatif solar yang mula diperkenalkan oleh Dr Salah Arafa sejak tahun 1978 itu membawa perubahan besar yang kini dinikmati oleh penduduk sekitar.
Inisiatif solar yang mula diperkenalkan oleh Dr Salah Arafa sejak tahun 1978 itu membawa perubahan besar yang kini dinikmati oleh penduduk sekitar.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
Beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.