KUALA LUMPUR: Penyasaran semula subsidi diesel secara berfasa hanya akan dilaksanakan di Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata penyasaran semula subsidi berkenaan tidak melibatkan Sabah dan Sarawak kerana diesel digunakan secara menyeluruh di dua-dua negeri berkenaan.
"(Penyasaran) subsidi diesel digunakan hanya di Semenanjung, sebab di Sabah Sarawak diesel digunakan secara menyeluruh jadi kalau nak laksanakan kena kaji dampaknya begitu rupa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Anwar berkata kos keseluruhan subsidi kini berjumlah RM81 bilion yang turut dinikmati oleh 35 juta warga asing serta golongan maha kaya.
"Tetapi nelayan yang menerima subsidi diesel itu diteruskan juga (RM1.65 seliter), kenderaan diesel dalam ketegori pengangkutan awam termasuk van dan bas sekolah juga kekal RM1.88 seliter.
"Jadi saya harap dapat menerima penyasaran semula diesel ini kerana ia boleh mengurangkan beban kerajaan," katanya.
Harga diesel bersubsidi ketika ini adalah RM2.15 seliter berbanding harga pasaran kini yang mencecah RM3.78 seliter.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Penyasaran semula subsidi diesel secara berfasa hanya akan dilaksanakan di Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto BERNAMA
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
6.5 juta liter diesel disalah guna, diseludup setiap hari sebelum penyasaran semula subsidi
Sekurang-kurangnya 6.5 juta liter diesel sehari disimpulkan telah disalah guna oleh industri atau diseludup ke negara jiran sebelum penyasaran semula subsidi dilaksanakan.
Kehadiran kenderaan asing di stesen minyak di sempadan negara berkurang
Kehadiran kenderaan asing mengisi diesel di stesen minyak berhampiran pintu sempadan negara di Bukit Kayu Hitam dilihat berkurang dengan ketara sejak penyasaran semula subsidi.
‘Kerajaan bukan antisubsidi, antiorang miskin’ - Rafizi
Tindakan ke arah penyasaran semula subsidi yang sedang diusahakan sekarang bukanlah bermakna kerajaan bersifat antisubsidi dan antiorang miskin.
Kerajaan ‘tergelincir’ jika tidak laksana subsidi bersasar - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan sekiranya Kerajaan Perpaduan tidak melaksanakan penyasaran semula subsidi maka ia membantutkan matlamat yang ingin dicapai.
Penyasaran semula subsidi diesel hanya di Semenanjung - PM Anwar
Penyasaran semula subsidi diesel secara berfasa hanya akan dilaksanakan di Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.