SHAH ALAM: Tindakan ke arah penyasaran semula subsidi yang sedang diusahakan sekarang bukanlah bermakna kerajaan bersifat antisubsidi dan antiorang miskin.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, penyasaran semula mahu dilakukan kerajaan supaya subsidi dapat sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.
Tegasnya, langkah itu perlu dilakukan kerana jika tidak perbelanjaan rakyat yang lain akan dikekang dengan keadaan fiskal negara.
“Apabila jumlah tanggungan subsidi melangkaui RM80 bilion setahun dan kita tahu banyak ketirisan berlaku (orang kaya mendapat lebih banyak manfaat, bukan warganegara turut sama mendapat subsidi), ia perlu distrukturkan semula,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi X.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober lalu dilaporkan berkata, penyelarasan subsidi yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 bukan bertujuan membebankan rakyat.
Beliau memberitahu, sebaliknya ia bagi memastikan kerajaan tidak membazirkan wang rakyat dengan menyenangkan lagi golongan yang mampu.
Justeru, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mengakui tidak terkejut seandainya selepas ini serangan terbaharu pembangkang ialah mengenai penyasaran semula subsidi.
“Malah, saya faham kalau ada kebimbangan kenapa semua ini (penyasaran semula subsidi) yang ditumpukan kerajaan.
“Kan bagus kalau bagi wang kepada semua dan gunakan duit cukai rakyat untuk tetapkan harga barang serendah mungkin? Kita sebenarnya dah terlepas kapal,” tambah beliau.
Mengulas lanjut, Rafizi menjelaskan, semasa polemik turunkan harga RON95 antara 2007 ke 2015, situasinya berbeza.
Menurutnya, ketika itu tanggungan subsidi negara masih rendah berbanding pendapatan keseluruhan kerajaan.
“Jadi isunya adakah lebih baik sejumlah beberapa bilion digunakan untuk rakyat terbanyak dan bukannya untuk projek-projek mega.
“Bahkan antara tahun 2014 hingga 2018, ada ketikanya rakyat membayar harga RON95 yang lebih tinggi dari pengiraan harga pasaran. Maknanya, ada elemen cukai yang dikutip secara senyap-senyap. Keadaannya juga cukup berbeza sekarang,” ujarnya.
Kata Rafizi, perkara itu turut diulas beliau apabila ‘dibakar’ oleh Pakar Ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai menerusi podcast Yang Bakar Menteri. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 27 2024
Rafizi menjawab mengenai isu penyasaran semula subsidi dalam podcast Yang Bakar Menteri. (Kanan: Tangkap layar hantaran Rafizi di aplikasi X mengenai penyasaran semula subsidi.)
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Malaysia amal perdagangan terbuka, terdedah kepada kesan ketidaktentuan ekonomi global - Rafizi
Rakyat perlu memahami bahawa Malaysia adalah negara yang mengamalkan perdagangan terbuka dan terdedah kepada kesan daripada ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Naratif kukuh kerajaan dorong ringgit antara mata wang berprestasi terbaik dunia - Rafizi
Rafizi berkata Malaysia berpotensi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekiranya semua pihak memfokuskan untuk meningkatkan prestasi ringgit.
RMK13 tumpu usaha rapat jurang sosioekonomi ikut negeri, utamakan kebajikan rakyat
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menumpukan usaha merapatkan jurang sosioekonomi dan pembangunan mengikut negeri serta wilayah secara bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.
Fitnah seleweng duit kementerian, Rafizi saman Wan Ahmad Fayhsal
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bakal memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan dakwaan menyeleweng duit kementerian.
Rafizi tinjau status terkini projek Kerajaan Persekutuan di Perlis
Menurut kenyataan Istana Arau, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Rafizi petang semalam.
RMK-13 akan cerminkan RMK-1, tumpuan kepada turutan dasar - Rafizi
Rafizi berkata, merangka rancangan lima tahun itu adalah tugas yang kompleks berikutan transformasi ekonomi negara yang ketara, yang disifatkan beliau sebagai 'pangsi kepelbagaian.'
Kerajaan akan bentang Kertas Putih, langkah progresif tangani isu negara menua - Rafizi
Kerajaan akan membentangkan Kertas Putih, sebagai sebahagian langkah komprehensif Agenda Negara Menua.
Dakwaan kepimpinan PKR gugur Kabinet, taktik lapuk pembangkang - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan khabar angin mengenai kepimpinan tertinggi PKR bakal digugurkan daripada Kabinet, sebagai taktik lapuk pembangkang.
Hentian bas, laluan pejalan kaki di Lembah Klang akan dinaik taraf - Rafizi
Kerajaan menyasarkan penambahbaikan tiga aspek utama dalam pengangkutan awam iaitu perkhidmatan bas, rangkaian rel, dan ketersambungan first and last mile.