KUALA LUMPUR: Penyakit kardiovaskular (CVD) secara konsisten menyumbang hampir 23.3 peratus kematian di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata kolesterol tinggi adalah faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular aterosklerotik, yang merupakan penyebab utama morbiditi dan kematian.
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan, 33.3 peratus orang dewasa di Malaysia atau 7.6 juta yang berumur 18 dan ke atas, menderita penyakit kolesterol tinggi.
"Lebih membimbangkan, satu daripada dua orang dewasa tidak menyedari mereka menderita penyakit ini kerana biasanya peningkatan kolesterol tidak menunjukkan simptom.
"Walaupun dengan rawatan, cabaran masih wujud, kawalan tahap kolesterol masih belum mencapai sasaran bagi ramai pesakit, terutama mereka yang berisiko tinggi.
"Ini adalah jurang yang perlu diatasi," katanya dalam ucapannya sebelum merasmikan Klinik Grand Round dan Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular (CRRC) di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini."
Dr Dzulkefly berkata sejak penubuhannya dua tahun lalu, CRRC telah merawat hampir 600 pesakit, dan secara signifikan meningkatkan kualiti hidup serta hasil kesihatan mereka.
"Sebagai klinik biasa di IJN, CRCC merupakan perkhidmatan kardiovaskular yang berorientasikan pesakit dengan matlamat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan pesakit terpilih.
"Semua pesakit ini telah berjaya mengawal dan mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular mereka," katanya.
Beliau berkata Grand Round ini selaras sepenuhnya dengan Rancangan Strategik Kebangsaan Kementerian Kesihatan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 2016-2025, dengan sasaran mengurangkan kematian NCD daripada 20 peratus pada 2023 kepada 15 peratus menjelang 2025.
Menteri itu berkata ini akan melibatkan pelbagai strategi, dengan satu daripadanya ialah menggunakan klinik multidisiplin CRRC untuk mengoptimumkan risiko pesakit.
"Model ini boleh diterapkan dalam pelbagai bentuk di seluruh negara, bergantung kepada sumber yang tersedia.
"Konsep kerjasama antara sektor swasta dan awam boleh memastikan pengurusan yang lebih baik serta hasil yang lebih berkesan," katjanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Dr Dzulkefly berkata kolesterol tinggi adalah faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular aterosklerotik, yang merupakan penyebab utama morbiditi dan kematian. -Gambar fail/Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.

Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly
Doktor perubatan dijangka mendapat berita baik berhubung pembayaran kenaikan elaun 'on call' dalam masa terdekat.

KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.

Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM - Dzulkefly
Isu mengenai cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) antara yang akan dibincangkan pada sesi pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) bermula hari ini hingga 19 Jan.

Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.

KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.

Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.

Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.