PUTRAJAYA: Penyakit berkaitan jantung adalah antara penyebab utama kematian di Malaysia seperti pada 2020 apabila 17 peratus daripada 18,515 kematian yang direkodkan berpunca daripada penyakit berkaitan jantung, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Beliau berkata perbelanjaan akibat penyakit jantung juga membebankan negara jika berdasarkan laporan Kos Penjagaan Kesihatan Langsung Penyakit Tidak Berjangkit di Malaysia yang dikeluarkan pada 2022, iaitu pada 2017 dianggarkan sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos perawatan kesihatan digunakan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.
"Beban kos tersebut dijangka akan terus meningkat jika tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mengawal dan mencegah penyakit tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini sempena Sambutan Hari Jantung Sedunia.
Bersempena Sambutan Hari Jantung tahun ini, beliau berkata advokasi ditumpukan kepada kepentingan memastikan jantung yang sihat tanpa sebarang komplikasi dan justeru itu, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berusaha untuk memperkukuhkan aktiviti pencegahan serta pengesanan awal faktor risiko agar intervensi dan rawatan awal dapat diberikan.
Dr Muhammad Radzi berkata antara usaha utama yang dilakukan adalah memperkenalkan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) yang bermula Julai 2022 dan menyasarkan seramai 1.5 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun.
Beliau berkata aktiviti saringan itu dilakukan di semua klinik kesihatan melalui Peka B40 atau melalui program komuniti termasuk Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan program saringan dari rumah ke rumah melalui Program MADANI Afiat.
"Sejak dilancarkan pada Julai 2022, seramai 2,128,048 individu telah membuat saringan iaitu seramai 1,111,568 individu menjalankan saringan pada tahun ini sehingga 27 Sept lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Beliau berkata perbelanjaan akibat penyakit jantung juga membebankan negara. - Gambar fail/Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pengantin wanita meninggal dunia pada hari perkahwinan
Allahyarham mula menunjukkan perubahan apabila dia memberitahu mula 'lemas' setelah disapa ramai tetamu.

Kementerian Kesihatan Indonesia dedah kematian 57 pegawai pilihan raya
Penyebab utama kematian adalah penyakit jantung, diikuti kes kemalangan, sindrom gangguan pernafasan akut dan hipertensi.

Kematian mengejut dalam kalangan golongan 40 tahun ke bawah semakin meningkat - Doktor
Golongan populasi berusia 40 tahun dan ke bawah di negara ini yang mengalami Sindrom Kematian Mengejut Golongan Dewasa (SADS), terutama akibat serangan jantung dan strok, semakin meningkat.

Siswazah penghidap penyakit jantung raih Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA
Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA, Nur Aufa Johan tidak menjadikan penyakit jantung sebagai halangan untuk beliau meraih kecemerlangan.

Penyakit berkaitan jantung penyebab utama kematian di Malaysia
Penyakit berkaitan jantung adalah antara penyebab utama kematian di Malaysia.

Waspada tekanan darah tinggi, elak risiko kerosakan jantung - Pakar
Masih ada yang tidak sedar mereka mempunyai masalah tekanan darah tinggi yang kronik hingga menyebabkan risiko komplikasi kesihatan.

5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung
Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian di Malaysia dan dianggarkan setiap tahun 5,000 bayi yang dilahirkan mempunyai masalah jantung berlubang dan kongenital di negara ini.

Tanpa aktiviti fizikal, 500 juta orang berisiko hadapi penyakit jantung, obesiti - WHO
WHO memberi amaran bahawa antara 2020 dan 2030 hampir setengah bilion orang dikhuatiri akan menghidap penyakit jantung, obesiti, diabetes atau penyakit tidak berjangkit.

Pemeriksaan DNA pertama dunia bagi cegah risiko kanser, penyakit jantung dilancar
Australia melancarkan pemeriksaan DNA yang pertama di dunia bagi mencegah risiko kanser dan penyakit jantung, menurut Universiti Monash Australia.

Lelaki warga AS terima jantung babi meninggal dunia
Lelaki warga Amerika Syarikat yang menerima jantung babi diubah suai secara genetik kerana menghidap penyakit jantung, meninggal dunia pada Selasa.