Beberapa jalan di sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat mulai Ahad ini bagi memberi laluan acara larian 'Nike We Run KL 2015' dan perarakan berhala sempena perayaan Thaipusam.
Ketua Trafik Kuala Lumpur (KL) ACP Mohd Nadzri Hussain dalam kenyataan media hari ini berkata, penutupan jalan bagi acara larian itu bermula 5 pagi dan dijangka tamat pada 10 pagi.
Penutupan jalan bagi acara itu melibatkan Jalan Petaling, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan Hishamuddin, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan P. Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak, Jalan Kuching, Jalan Loke Yew, Bulatan Cheras
(pusingan U), Susur Bulatan Dewan Bahasa dan Stadium Merdeka.
Sementara itu, bagi acara perarakan sempena perayaan Thaipusam yang jatuh pada 3 Feb, penutupan jalan secara berperingkat bermula pada 1 Feb hingga 4 Feb.
Menurut Mohd Nadzri, penutupan awal pada 1 Feb ini bermula 6 petang melibatkan jalan di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee.
"Penutupan jalan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut pergerakan kumpulan perarakan dan hanya akan dibuka semula setelah mereka (kumpulan perarakan) melalui jalan tersebut," katanya.
Mohd Nadzri berkata perarakan pergi pada 1 Feb bermula pada 10 malam dari Kuil Sri Maha Mariamman, di Jalan Tun H.S. Lee dan akan melalui Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak (pusingan-U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Konvil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves.
Katanya, penutupan jalan untuk perarakan balik pada 4 Feb pula bermula 4 petang dari Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, seterusnya melalui Jalan Ipoh, Batu 5, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Lorong Konvil Hulu, Jalan Kovil Hilir, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee.
"Orang ramai disaran menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan jalan raya pada hari berkenaan," katanya.
Bernama
Tue Jan 27 2015
Penutupan beberapa jalan di sekitar bandar raya akan diadakan secara berperingkat mulai Ahad ini sempena acara larian dan perayaan Thaipusam. - Gambar Fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian.
Ular sawa 3 meter kejutkan pengguna jalan raya
Ular itu dapat ditangkap oleh tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa hanya dalam tempoh tiga minit.
Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara - JKR
Jalan Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, di sini, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di kawasan berkenaan.
Johor tubuh jawatankuasa khas teliti infrastruktur dan jalan yang kerap dilanda banjir
Kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti infrastruktur serta jalan-jalan yang kerap dilanda banjir di Johor, dan mengambil pelbagai langkah bagi menanganinya.
Jalan di Balik Pulau dilencongkan atasi kesesakan ketika musim durian
Ia berikutan peningkatan kenderaan yang masuk ke daerah itu kerana musim durian dan cuti sekolah ketika ini.
"Henti niaga di jalanan atau berdepan tindakan kompaun" - Polis Kemaman
Henti jalankan aktiviti perniagaan di jalanan atau bakal berdepan dengan tindakan kompaun, tegas Ketua Polis Daerah Kemaman.
Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS - SPRM N.Sembilan
Sebaliknya, konsesi balak di kawasan tersebut telah diberikan kepada syarikat lain yang tiada kaitan dengan YNS pada 2013.
Gajah betina mati dirempuh beberapa kenderaan termasuk treler
Seekor gajah betina ditemukan mati di tepi jalan selepas dirempuh beberapa buah kenderaan di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing, dekat Kota Tinggi, malam tadi.
Jalan Paitan-Kanibongan mendap, rosak teruk akibat tanah runtuh
Jalan raya Paitan ke Kanibongan terputus hubungan akibat tanah runtuh di Kilometer 127.5, berdekatan Kampung Kubambangan, pada Selasa malam.
Lelaki bina 11 bonggol di atas jalan akhirnya mohon maaf
Nor Muhamad Roslam berkata dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan yang dipandu laju.