SEREMBAN: Jalan Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, di sini, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di kawasan berkenaan.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Ir Wan Hasnan Wan Musa, berkata sehubungan itu, pengguna disaran menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Persiaran Senawang 1 dan 2 untuk ke destinasi masing-masing.
"Kerja pembaikan cerun runtuh sedang dilaksanakan di tapak dan kita jangka mungkin dua ke tiga bulan lagi jalan itu boleh digunakan, penutupan sementara itu perlu demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna pada masa hadapan.
"Kawasan berkenaan sebelum ini memang ada rekahan awal dan kontraktor memang sedang buat kerja pembaikan namun disebabkan hujan hampir setiap hari, jadi rekahan makin aktif dan besar, pergerakan tanah berlaku dan tidak selamat untuk dilalui," katanya kepada Bernama, hari ini.
Justeru, beliau menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

Pengguna disaran menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Persiaran Senawang 1 dan 2 untuk ke destinasi masing-masing. - Gambar/ Twitter Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Cerun runtuh, penduduk taman perumahan di Port Dickson tak lena tidur
Situasi itu turut menyebabkan penghuninya ada yang tidak tidur lena terutamanya ketika cuaca hujan susulan cerun berkenaan berada hanya tiga meter dari kediaman penduduk.

Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Sabah tidak boleh dilalui
Selain banjir kilat, terdapat juga kejadian cerun runtuh di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom sekitar Kampung Timpoluon.

Mangsa banjir di Terengganu kekal 463 orang berlindung di dua PPS
Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 463 orang daripada 149 keluarga yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang yang berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun setakat 8 malam tadi.

Mangsa banjir di empat negeri turun kepada 3,002 orang setakat 8 malam - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor menurun kepada 3,002 orang dan berlindung di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 3,432 orang petang tadi.

Peruntukan awal RM30 juta baiki jalan rosak, cerun runtuh akibat banjir di Johor
Beliau berkata ia melibatkan kerosakan di 29 jalan dan lapan cerun runtuh.

21 lokasi bencana dikenal pasti babitkan tujuh negeri - Nanta
Beliau berkata ia membabitkan lapan jalan negeri dan 13 jalan Persekutuan di Johor, Pahang, Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah dan Selangor.

Baik pulih cerun di Sungai Ruil akan dipercepatkan - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memendekkan tempoh perolehan bagi memperbaiki cerun di penempatan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh.

130 kejadian bencana dikesan di tiga negeri - JKR
Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan 130 kejadian bencana dikesan di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan setakat 10 pagi tadi.

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara - JKR
Jalan Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, di sini, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di kawasan berkenaan.