BESUT:Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di sini Isnin lepas, memohon maaf atas perbuatannya.
Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.
"Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.
"Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ," katanya kepada Bernama.
Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang invididu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya yang dibina 11 bonggol baharu menggunakan tar dan menyatakan bonggol tersebut dibina oleh jirannya.
Nor Muhamad Roslam berkata dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.
"Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.
"Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda," katanya sambil memberitahu membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih Isnin lepas, memohon maaf atas perbuatannya. - fotoBERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

UKM tawar rawatan psikososial kepada lelaki bina 11 bonggol
Beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam.

Bina bonggol: Jangan ambil tindakan sendiri - Lee Lam Thye
Penduduk setempat diminta supaya tidak mengambil tindakan sendiri termasuk membina bonggol bagi mengatasi masalah pergerakan kenderaan laju di kawasan perumahan mereka.

Lelaki bina 11 bonggol di atas jalan akhirnya mohon maaf
Nor Muhamad Roslam berkata dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan yang dipandu laju.

Suntik botox, unta tersingkir dari pertandingan ratu cantik haiwan
Pertandingan Ratu Cantik Unta kerajaan Arab Saudi dilanda kontroversi apabila pemiliknya menyuntik 'botox' menyebabkan 12 ekor unta digugurkan penyertaan.

Cat bonggol pastikan tiada kemalangan selepas Terawih - Ahmad Fauzee
Inisiatif Pemuda UMNO Setiawangsa mengecat bonggol di sekitar kawasan berkenaan merupakan usaha memastikan tiada kemalangan berlaku terutama penduduk sekitar yang pulang bersolat Terawih.