Pertandingan Ratu Cantik Unta tahunan di Arab Saudi dilanda kontroversi apabila pemiliknya menyuntik botox menyebabkan 12 ekor unta digugurkan penyertaan.

Beribu-ribu ekor unta berarak ke Festival Unta Raja Abdul Aziz untuk dinilai keadaan bentuk bibir dan bonggol mereka.

Namun, terdapat beberapa pemilik yang begitu teruja memenangi pertandingan berkenaan hingga memaksa mereka menggunakan produk kecantikan untuk memastikan haiwan peliharaan mereka tampil lebih cantik.

Menurut laporan Nine New.com, botox tersebut dipercayai telah disuntik dibahagian bibir, hidung dan rahang.

Walau bagaimanapun para juri berjaya membongkar kegiatan tersebut dan serta-merta menggugurkan penyertaan haiwan-haiwan tersebut.

Turut dipertandingkan di dalam festival itu ialah perlumbaan unta dan susu unta.

Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$70.7 juta.