BESUT:Unit Khidmat Psikologi dan Kaunseling (UKPK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menawarkan khidmat bantuan psikososial kepada seorang lelaki yang pernah tular kerana membina 11 bonggol di Kampung Padang Luas, Jertih, di sini.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia UKM Dr Nazirah Hassan berkata beliau telah menghubungi lelaki tersebut, Nor Muhamad Roslam Harun, 40, bagi memaklumkan bantuan yang bakal disalurkan.
"Setelah kami berbual menerusi telefon, Nor Muhamad Roslam mengaku bahawa beliau mungkin mengalami masalah kesihatan mental, namun tidak tahu bagaimana dan di mana untuk mendapatkan bantuan...sebab itulah juga beliau bersetuju untuk menerima khidmat UKPK," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Tambah Nazirah, beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam.
"Penilaian secara menyeluruh untuk menentukan tahap kesihatan mental dan aspek persekitaran sosial yang mungkin mempengaruhi tingkah lakunya dan kami juga akan lihat sekiranya ada tekanan dari sekeliling termasuklah unsur buli yang mungkin berlaku.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak cepat menghukum tindakan Nor Muhamad Roslam berikutan kemungkinan masalah kesihatan mental dialaminya sedangkan mereka yang mengalami masalah sedemikian memerlukan sokongan dan perhatian daripada orang sekeliling," katanya.
BACA: Lelaki bina 11 bonggol di atas jalan akhirnya mohon maaf
Baru-baru ini, tindakan Nor Muhamad Roslam membina 11 bonggol menggunakan tar di jalan tepi rumahnya telah mendapat perhatian seluruh negara.
Dia bertindak demikian kerana mendakwa tidak tahan dengan sikap segelintir pengguna jalan itu memandu laju sehingga memberi tekanan kepadanya namun, kes tersebut selesai apabila Nor Muhamad Roslam bertindak membuang semula bonggol itu pada 13 Jan lepas selepas mendapat nasihat daripada pihak polis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 18 2021

Baru-baru ini, tindakan Nor Muhamad Roslam membina 11 bonggol menggunakan tar di jalan tepi rumahnya telah mendapat perhatian seluruh negara. - Foto BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.

Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dua RUU tangani isu buli diluluskan Dewan Negara
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 bagi menangani isu buli.

Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"

Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.