KUALA LUMPUR : Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa penurunan pangkat Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Datuk Ammar Abd Ghapar adalah tidak sah di sisi undang-undang.
Isham menjelaskan, beliau dimaklumkan bahawa tidak ada proses pendengaran dibuat ke atas Ammar sebelum diturunkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing.
Sebaliknya, dakwa beliau lagi Ammar hanya diberikan notis beberapa hari untuk mengosongkan jawatan.
“Menteri kata kononnya Ketua Pengarah tidak ‘perform’.
“Namun alasan tidak ‘perform’ ini tidaklah termasuk dalam pengecualian hak untuk didengar dalam proses pemecatan atau penurunan pangkat penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan King Sing semalam yang memaklumkan Ammar tidak dipecat sebaliknya diturunkan pangkat kepada Timbalan Pengarah kerana kemerosotan prestasi, yang disifatkan sebagai tidak memuaskan dan tidak mencapai standard ditetapkan.
Mengulas lanjut, Isham berkata menteri tidak boleh memecat atau menurunkan pangkat seseorang penjawat awam sesuka hati.
Ujarnya, dalam Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan bahawa penjawat awam perlu diberi peluang untuk didengar sebelum dibuang kerja atau diturunkan pangkat kecuali dalam kes jenayah, pendengaran tidak munasabah untuk dibuat, keselamatan negara, dan penahanan atau pengusiran negeri.
Isham turut memetik Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan yang antaranya menyatakan: “Jika seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadap anggota itu.”
Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan turut menyatakan: “Jika pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu berpuas hati bahawa kerana sesuatu sebab, yang hendaklah direkodkan oleh pihak berkuasa itu secara bertulis, kehendak fasal ini tidaklah semunasabahnya dapat dilaksanakan.”
Dalam masa sama, Isham menasihatkan menteri-menteri agar membaca Perlembagaan dengan betul, dan tidak bertindak sesuka hati.
Astro AWANI semalam melaporkan, King Sing ketika ditanya berhubung isu Ammar yang didakwa dipecat turut menyebut nama Manoharan Periasamy, yang difahamkan akan menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Tourism yang baharu.
Jelas King Sing, pelantikan Manoharan tidak boleh dikaitkan dengan isu perkauman kerana ia
dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Ammar didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin ini.
Penamatan itu berdasarkan surat tular di media sosial bertarikh 22 Februari yang memaklumkan berhubung perkara berkenaan.
Hasimi Muhamad
Sun Feb 25 2024
![Penurunan pangkat Ammar tidak sah di sisi undang-undang - Isham Jalil Penurunan pangkat Ammar tidak sah di sisi undang-undang - Isham Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708860990_TBIshamJalil.jpg)
Isham (kiri) menjelaskan, beliau dimaklumkan bahawa tidak ada proses pendengaran dibuat ke atas Ammar sebelum diturunkan pangkat. - Bernama
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Lebih 6,000 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan tatatertib - Ayob Khan Lebih 6,000 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan tatatertib - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732001299_AyobKhanMydinPitc.jpg)
Lebih 6,000 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan tatatertib - Ayob Khan
Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lepas.
![Penurunan pangkat Ammar tidak sah di sisi undang-undang - Isham Jalil Penurunan pangkat Ammar tidak sah di sisi undang-undang - Isham Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708860990_TBIshamJalil.jpg)
Penurunan pangkat Ammar tidak sah di sisi undang-undang - Isham Jalil
Isham menjelaskan, beliau dimaklumkan bahawa tidak ada proses pendengaran dibuat ke atas Ammar sebelum diturunkan pangkat.
!['KP Pelancongan bukan dipecat, tapi turun pangkat sebab prestasi merosot' - King Sing 'KP Pelancongan bukan dipecat, tapi turun pangkat sebab prestasi merosot' - King Sing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708749453_TBMASHUP.jpg)
'KP Pelancongan bukan dipecat, tapi turun pangkat sebab prestasi merosot' - King Sing
King Sin berkata, tindakan tersebut dibuat kerana kemerosotan prestasi Ammar, yang disifatkan sebagai tidak memuaskan dan mencapai standard ditetapkan.
![Kerajaan kekalkan jawatan guru besar, tak turun pangkat Kerajaan kekalkan jawatan guru besar, tak turun pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664600966_IsmailSabriYaakob.jpg)
Kerajaan kekalkan jawatan guru besar, tak turun pangkat
Gred guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54.
![Jangan risau, guru besar tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa - Menteri Pendidikan Jangan risau, guru besar tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa - Menteri Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660984841_RadziJidin.jpg)
"Jangan risau, guru besar tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa" - Menteri Pendidikan
Guru besar yang menyandang gred DG52 tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah seperti didakwa.
![Nidzam Adzha tiada kelayakan kemudi Kuala Lumpur musim depan Nidzam Adzha tiada kelayakan kemudi Kuala Lumpur musim depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602892008_NidzamAdzhaYusoff.jpg)
Nidzam Adzha tiada kelayakan kemudi Kuala Lumpur musim depan
Nidzam belum memiliki lesen kejurulatihan Pro A, sekali gus hanya melayakkannya untuk bertindak sebagai penolong jurulatih pasukan itu musim depan.
![COVID-19: Saintis dakwa diturun pangkat kerana cuba halang rawatan guna ubat malaria COVID-19: Saintis dakwa diturun pangkat kerana cuba halang rawatan guna ubat malaria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71586230991_hydroxychloroquine.jpg)
COVID-19: Saintis dakwa diturun pangkat kerana cuba halang rawatan guna ubat malaria
Dr Rick mendakwa telah mengulangi amaran mengenai wabak COVID-19 sejurus selepas pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Januari lalu.
![Penjawat awam Indonesia gagal hadir kerja selepas Aidilfitri dikenakan tindakan disiplin Penjawat awam Indonesia gagal hadir kerja selepas Aidilfitri dikenakan tindakan disiplin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560164240_EidIndon.jpg)
Penjawat awam Indonesia gagal hadir kerja selepas Aidilfitri dikenakan tindakan disiplin
Pihak majikan di republik itu terpaksa berbuat demikian memandangkan perkara itu sering menjadi masalah pada setiap tahun.