IPOH:Seorang lelaki dikhuatiri dihanyutkan arus deras apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang besar di tepi jalan di Lebuh Persiaran Klebang 11, Chemor, dekat Ipoh, malam Khamis.
Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Amin Ismail, 58, dari Klebang Restu, Chemor itu dikatakan terjatuh ke dalam longkang kira-kira jam 7.30 malam, ketika hujan lebat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, berdasarkan arus yang deras, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa telah dihanyutkan ke Sungai Klebang.
"Pada operasi hari ini kita akan memfokuskan kepada dua tempat. Kawasan pencarian kita ialah di tempat perangkap sampah yang mana terdapat dua perangkap sampah lebih kurang jarak empat ke lima kilometer," katanya ketika ditemui di tempat kejadian pada Jumaat.
Menurutnya, selain khidmat Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit K9, balai-balai bomba yang berhampiran sungai turut diminta membantu operasi mencari dan menyelamat.
Pihak bomba menggunakan kaedah pemugaran atau pencarian di kawasan tebing sungai yang mempunyai pokok-pokok dan rumput tebal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata, motosikal mangsa masih berada di tempat kejadian.
Menurutnya, anggota polis bersama anggota bomba telah menyusuri sepanjang longkang laluan air dari Jalan Kuala Kangsar sehingga ke Taman Bertuah tetapi masih belum menjumpai mangsa.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jan 15 2021
Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Amin Ismail, 58, dari Klebang Restu, Chemor itu dikatakan terjatuh ke dalam longkang kira-kira jam 7.30 malam, ketika hujan lebat. - Foto Astro AWANI
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.
Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga
Pemilik kedai berhadapan lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Al Amin Abdul Kassim memaklumkan bimbang dengan keselamatan.
25 individu terperangkap akibat kejadian kepala air
Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, tengah hari Ahad.
Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Tiga buah kilang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Kampung Baru Sungai Buloh, pada Ahad.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.