Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penularan penyakit radang paru-paru (pneumonia) dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh di sini, bukan disebabkan aktiviti perlombongan bijih manganese.
Beliau berkata keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada 12 Jun secara keseluruhan mendapati kualiti air di kawasan persampelan iaitu Sungai Lebir adalah mematuhi Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan Bagi Air Mentah.
"Keputusan pada 12 Jun juga mendapati tiada pencemaran daripada sisa kelapa sawit, pestisid dan hermisid.
"Siasatan yang dijalan oleh Jabatan Alam Sekitar juga mendapati tiada sebarang pelepasan sisa dan perlombongan manganese (bijih keluli) di Felda Aring 10 yang terletak kira-kira 10 kilometer dari perkampungan Orang Asli Kuala Koh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan mendengar taklimat tertutup di Pusat Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADM) di Dewan Felda Aring 10 di sini, hari ini.
Dr Wan Azizah berkata bagaimanapun kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan akan mengesan punca sebenar penularan pneumonia yang berlaku di kawasan perkampungan tersebut.
"Ini satu fenomena baharu yang tidak melanda Orang Asli (pada waktu) dahulu. Kita nak tahu kenapa penularan penyakit yang mengakibatkan kematian mendadak sebab kita dapati mereka memang ada masalah kronik sejak beberapa tahun lepas.
"Apakah yang menyebabkan penyakit ini tercetus sehingga menyebabkan kematian. Keputusan ujian makmal (terhadap penularan penyakit ini) dijangka akan diperoleh dalam masa terdekat sebab dia kena kenal pasti mikroorganisma menerusi sampel yang diambil daripada pesakit dan mayat," katanya.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata kerajaan juga sedang memikirkan cara bagaimana untuk membantu masyarakat ini untuk menikmati tahap kehidupan yang lebih baik berbanding ketika ini.
"Salah satunya kawasan rayau mereka juga semakin mengecil menyebabkan mereka kurang mendapatkan protein yang mencukupi sehingga mengakibatkan malnutrisi.
"Sumber pendapatan mereka juga semakin berkurangan kerana masalah tersebut jadi kita fikirkan bagaimana nak tangani masalah pemodenan dan kemiskinan (yang melanda Orang Asli)," katanya.
Dalam masa yang sama, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata selain rawatan kesihatan, kerajaan juga memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa dan petugas bagi mengurangkan keresahan yang dialami mereka.
"Setakat ini, kita membuka sebuah pusat pemindahan sementara di bekas kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani Gua Musang untuk menempatkan pesakit Orang Asli yang telah dibenarkan keluar daripada hospital.
"Kem berkenaan mampu memuatkan 400 orang pada satu-satu masa namun pergerakan mereka akan dihadkan kerana siasatan terhadap pelbagai perkara yang menyumbang kepada penyakit tersebut masih dalam siasatan," katanya.
Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi pampasan kepada keluarga mangsa Orang Asli yang meninggal namun perkara tersebut akan diputuskan kemudian selepas semua siasatan selesai.
Katanya mana-mana pihak yang mahu memberikan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghantar barangan keperluan seperti bekalan makanan dan kit kesihatan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Gua Musang dan pusat pengumpulan bantuan di kawasan operasi.
"Bagaimanapun kita mengehadkan kawasan berkenaan kepada orang awam susulan pengisytiharan kawasan merah oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan baru-baru ini," katanya.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Orang Asli suku Batek yang terjejas dengan penularan penyakit tersebut.
Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.
Statistik terbaharu yang diperoleh di Pusat Media menunjukkan seramai 103 Orang Asli telah menerima rawatan sehingga 13 Jun membabitkan 56 pesakit luar, 42 ditempatkan di wad biasa dan lima di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Gua Musang, Hospital Kuala Krai dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.
Daripada jumlah tersebut, ia membabitkan 50 lelaki dan 53 perempuan, melibatkan 53 kanak-kanak di bawah 12 tahun dan 52 pesakit dewasa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2019
![Penularan pneumonia di Kuala Koh bukan berkaitan aktiviti perlombongan Penularan pneumonia di Kuala Koh bukan berkaitan aktiviti perlombongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560488005_TBWANAZIZAHORANGASL.jpg)
Dr Wan Azizah berkata kerajaan juga sedang memikirkan cara bagaimana untuk membantu masyarakat ini untuk menikmati tahap kehidupan yang lebih baik berbanding ketika ini. - Foto BERNAMA
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720589107_Wanitanyarismautd.jpg)
Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis
Pemandu lori terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai didapati tidak memiliki lesen memandu.
![Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026 Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717917584_FadillahYusof.jpg)
Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026
Setakat ini, sejumlah 250 daripada 280 ketua isi rumah telah bersetuju dengan pakej pampasan dan penempatan semula manakala bakinya masih dalam proses rundingan.
!['Saya mahu pertahan kerusi Parlimen Gua Musang' - Mohd Azizi 'Saya mahu pertahan kerusi Parlimen Gua Musang' - Mohd Azizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719406939_MohdAziziAbuNaim.jpg)
'Saya mahu pertahan kerusi Parlimen Gua Musang' - Mohd Azizi
Mohd Azizi Abu Naim menyatakan hasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719655040_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid
UMNO akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.
![Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718542599_tbtrafik.jpg)
Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis
Aliran trafik di bandar Gua Musang menghala Kota Bharu dilaporkan lancar meskipun orang ramai pulang sempena Aidiladha, esok.
![Kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas Kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718435493_tbOrangAslilemas.jpg)
Kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas selepas dikhuatiri hilang dihanyutkan arus semasa mandi bersama ahli keluarga di Sungai Nenggiri, Kampung Setawar, Kuala Betis di sini pada Jumaat.
![Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717405222_GuaMusang.jpg)
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
![Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715575365_Lelakimautjpg.jpg)
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
![Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714202782_kemalanganmautkel.jpg)
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
![SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714032204_TANSRIAZAMBAKIjp.jpg)
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).