PENGANALISIS politik, Dr Chandra Muzaffar menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Bebas sepanjang pelaksanaan darurat sebagai perkembangan yang sihat dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.
Berikut merupakan lima tumpuan dalam temu bual Agenda AWANI dengan Dr Chandra pada Selasa (12 Januari 2020):
1. Malaysia sememangnya memerlukan mekanisme supaya dapat mengubah suasana politik negara ini iaitu suhu politik yang begitu tinggi.
2. Jawatankuasa Bebas yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan mampu mengubah suhu panas politik, selain menyelesaikan krisis kesihatan yang sedang dihadapi.
3. Bukan kali pertama darurat diisytiharkan. Sejak 1957, sudah ada darurat yang dilaksanakan di Kelantan dan Sarawak, darurat yang dikaitkan dengan komunis, darurat pada 1969 dan sebagainya.
[LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
4. Situasi politik di Malaysia disifatkan luar biasa berbanding beberapa negara lain meskipun mereka berdepan masalah yang hampir sama dengan negara ini.
5. 'Keistimewaan' itu disebabkan kerajaan yang memerintah ketika ini mempunyai majoriti yang tipis selain keinginan segelintir pihak yang mahu merampas kuasa.
Astro Awani
Tue Jan 12 2021

DR CHANDRA: Situasi politik di Malaysia luar biasa berbanding beberapa negara lain meskipun mereka berdepan masalah yang hampir sama dengan negara ini. -Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kita mengecewakan Tun Razak - Chandra Muzaffar
Kejayaan dan keselesaan dimiliki negara membuatkan ramai pemimpin selepas Tun Abdul Razak tidak mempunyai semangat sepertinya.

Semua ini kerana nafsu politik beberapa individu yang tak dapat dibendung - Chandra Muzaffar
Chandra Muzaffar berpendapat, ada beberapa individu yang terlalu menginginkan jawatan Perdana Menteri.

Tak ada parti, pemimpin yang dominan gerakkan penyatuan - Penganalisis
Sejarah konfrontasi 1964 menunjukkan Perikatan dipimpin Tunku Abdul Rahman dapat menyatukan Malaysia berdepan krisis yang memberi impak kepada seluruh negara.

Perkukuh penyampaian maklumat peringkat akar umbi atasi persepsi negatif pengurusan pandemik
Mengambil contoh perolehan vaksin, Chandra berkata masalah utama yang dihadapi adalah kerana tindakan segelintir negara maju yang membolot vaksin.

Prestasi kerajaan tidak boleh diukur kepada angka jangkitan COVID-19 sahaja - Chandra Muzaffar
Peningakatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini antaranya kerana ujian saringan dan kewujudan varian-varian baharu.

Kejayaan PPN bergantung kepada sokongan rakyat - Chandra Muzaffar
Presiden Pergerakan Keadilan Dunia (JUST) itu berkata pengurusan pelaksanaan PPN tidak seharusnya diletakkan di bahu kerajaan semata-mata.

Parlimen buka semula tirai, ada perubahan? Agenda AWANI malam ini jam 8.30
Parlimen kembali membuka tirainya untuk memulakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, menyaksikan Perdana Menteri membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebelum dibahaskan oleh Ahli Parlimen yang hadir.

Perlu ada jawatankuasa yang disertai wakil kerajaan dan pembangkang untuk atasi krisis
Jawatankuasa bebas yang mengandungi semua wakil ini lebih berkesan ketika negara sedang berdepan krisis seperti mana yang sedang dihadapi sekarang.

Penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas: Ini 5 tumpuan temu bual Dr Chandra Muzaffar
Berikut merupakan lima tumpuan dalam temu bual Agenda AWANI dengan Dr Chandra pada Selasa (12 Januari 2020).

Redakan suhu politik sementara waktu, ini rayuan rakyat - Dr Chandra
Rakyat telah merayu agar ahli politik lebih menfokuskan kepada isu penting yang lebih mendesak dan mencabar ketika ini.