KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa yang mengandungi wakil dari kerajaan dan pembangkang serta yang bebas perlu diwujudkan apabila Parlimen kembali bersidang.
Jawatankuasa bebas yang mengandungi semua wakil ini lebih berkesan ketika negara sedang berdepan krisis seperti mana yang sedang dihadapi sekarang.
Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berpendapat, hasil laporan dari jawatankuasa itu perlu dihantar ke parlimen untuk dibahas oleh ahli-ahli parlimen.
Jelas beliau itu kaedah itu sepatutnya dilaksanakan dengan memanggil wakil kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar tertentu ketika negara sedang berdepan krisis.
"Apa masalahnya ketika dalam krisis ini kita jemput dua-dua pembangkang dan kerajaan dalam jawatankuasa ini. Saya bagi contoh dalam kalangan pakar-pakar pun ada perbezaan pandangan yang besar, strategi yang paling besar tentang jangkitan yang meningkat.
"Dua-dua pihak ada hujahnya, kenapa kita tidak boleh jemput dua-dua pihak, kita macam enggan," katanya.
Jelas beliau, kerjasama antara kerajaan dan pembangkang dalam jawatankuasa bebas ini mampu mengatasi masalah hilang kepercayaan rakyat terhadap ahli politik.
Mengulas isu hilang kepercayaan rakyat, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berpendapat rakyat hari ini sudah matang untuk menilai pihak mana yang berusaha mengatasi masalah.
"Bercakap pasal social trust tadi, social trust ini sekarang rakyat sudah matang, first time kita berdepan COVID-19, bila rakyat dah matang, rakyat melihat pemimpin semuanya, bukan kerajaan sahaja.
"Rakyat dah muak tengok yang bergaduh rebut jawatan, frontliners sibuk berdepan masalah atasi COVID-19 tetapi satu sektor politik sibuk nak tukar kerajaan dan tukar tempat sebagainya," ujar beliau.
Menyokong hujah Dr Chandra, Ahli Dewan Negara, Yusmadi Yusoff juga berpendapat sebuah majlis muafakat rakyat perlu ditubuhkan bagi mengatasi masalah hilang kepercayaan terhadap ahli politik dan kerajaan.
"Satu ketika buat Asean Caucus, menteri yang cadangkan dan kita buat sama-sama, hari ini tidak ada pun jawatankuasa khas COVID-19 pun di Parlimen.
"Saya cadangkan selain jawatankuasa khas yang Yang di-Pertuan Agong tubuhkan, kita buat jawatankuasa khas di Parlimen untuk semua bincang tentang krisis yang sedang dihadapi," katanya.
Ketiga-tiga tokoh ini berhujah dalam program Dialog Tiga Penjuru bertajuk yang mengupas topik Parlimen Bersidang: Fokus Isu Rakyat.
Astro Awani
Thu Jul 01 2021

Jawatankuasa bebas sepatutnya dilaksanakan dengan memanggil wakil kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar tertentu ketika negara sedang berdepan krisis. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.

KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.

SPAN tubuh jawatankuasa khas bekalan air Perlis
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Bekalan Air Negeri Perlis bagi menjamin kelangsungan dan keselamatan bekalan air di negeri itu.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

Sabah tubuh jawatankuasa khas, pasukan petugas tangani penduduk tanpa dokumen pengenalan diri
Kerajaan Sabah akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas (JKKSK) bagi menangani isu penduduk tanpa dokumen pengenalan diri.

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani buli siber- Fahmi
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perak tubuh jawatankuasa tangani penurunan paras air Empangan Kolam Bukit Merah
Jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh wakil Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.

Jawatankuasa khas isu pendidikan, kesihatan di Sarawak ditubuh
Perkara itu dipersetujui pada Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

JBPM tubuh jawatankuasa siasat punca insiden anggota PPDA lemas
Nor Hisham berkata jawatankuasa itu diberikan tempoh dua minggu untuk berbuat demikian.