KUALA TERENGGANU: Selepas penduduk di Kampung Air Putih di Kemaman mendakwa haiwan ternakan mereka terancam kerana diserang harimau sejak Disember lepas, kini penternak lembu di Kampung Chabang, Kerteh pula dilanda kebimbangan sama.
Seorang penternak, Ramli Mohamad, 62, berkata seekor daripada 25 lembunya ditemukan mati dipercayai dibaham harimau Jumaat lepas.
"Saya hanya menyedari perkara itu apabila pergi ke kebun untuk memberi lembu makan, namun pelik kerana seekor lembu betina berusia lebih setahun tiada di situ.
"Saya cari lembu itu di sekeliling kebun, kemudian saya jumpa bangkai lembu di kawasan alur sungai, dan yang paling mengejutkan kepalanya terpisah dari badan. Saya syak ini adalah serangan harimau kerana ada kesan koyakan di rahang lembu itu," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Ramli berkata beliau turut menemui beberapa kesan tapak kaki, dipercayai harimau yang menyerang lembu itu di kebunnya dan telah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.
Sementara itu Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata anggota Perhilitan memantau kawasan selepas menerima laporan mengenai perkara itu.
Empat hari lepas Perhilitan Terengganu telah memasang dua perangkap di Kampung Air Putih untuk menangkap harimau yang dipercayai berkeliaran di sekitar kawasan ladang sawit dan membaham beberapa ternakan penduduk kampung berhampiran.
BACA: Serangan harimau: Polis Kelantan mohon bantuan PGA
BACA: Serangan harimau: Perhilitan Terengganu pasang dua perangkap
Serangan harimau terhadap haiwan ternakan sebelum ini sering berlaku di sekitar Felda Kerteh 3 dan Kerteh 4 di daerah Dungun bermula sejak 2019.
Pada Februari tahun lepas, seekor harimau belang jantan yang dinamakan 'Awang Rasau' berjaya ditangkap Perhilitan di Felda Kerteh 3, diikuti seekor lagi harimau belang 'Atan Kerteh' yang masuk ke perangkap di Kerteh 4 pada Ogos tahun lepas, namun dipercayai masih ada kumpulan haiwan itu di sekitar hutan berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022
![Penternak lembu di Kerteh pula bimbang serangan harimau Penternak lembu di Kerteh pula bimbang serangan harimau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642412179_HARIMAUMALAYA.jpg)
Serangan harimau terhadap haiwan ternakan sebelum ini sering berlaku di sekitar Felda Kerteh 3 dan Kerteh 4 di daerah Dungun bermula sejak 2019. - Gambar hiasan/ Bernama
![Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red? Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720339988_Dira.jpg)
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
![PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720337053_AnwarIbrahim.jpg)
PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.
![Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697723910_TBprolintas.jpg)
Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas
Prolintas menegaskan tuntutan RM100 juta lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan DASH sebagai tidak berasas.
AWANI Ringkas: Kerajaan teliti isu buli siber
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi
Keputusan berkenaan kerjasama BN dengan PH pada PRU16 hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
![Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672959690_BritainStrikes.jpg)
Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan
Parti Buruh United Kingdom yang baru-baru ini memenangi pilihan raya umum berhasrat untuk mengambil alih semula perkhidmatan kereta api British "secepat mungkin".
Seorang anggota bomba tercedera berjaya diselamatkan
Seorang anggota bomba yang cedera dan terperangkap diselamatkan dari Kebakaran hutan Basin di California, Amerika Syarikat.
Rakaman video yang dikeluarkan pada Sabtu oleh Pengawal Kebangsaan California menunjukkan sebuah helikopter pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi.
Rakaman video yang dikeluarkan pada Sabtu oleh Pengawal Kebangsaan California menunjukkan sebuah helikopter pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi.
47 terbunuh dalam hujan lebat monsun di Nepal
Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh selepas hujan lebat monsun di Nepal mencetuskan banjir kilat, tanah runtuh dan kilat pada Jumaat.
Berucap di Dewan Undangan Negeri, Menteri Buruh Dol Prasad Aryal berkata empat orang terbunuh dalam banjir yang mencetuskan monsun dan 24 yang lain terbunuh dalam tanah runtuh.
Berucap di Dewan Undangan Negeri, Menteri Buruh Dol Prasad Aryal berkata empat orang terbunuh dalam banjir yang mencetuskan monsun dan 24 yang lain terbunuh dalam tanah runtuh.
Tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran di Sydney
Seorang bayi perempuan berusia sepuluh bulan dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia dua dan empat tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah di barat Sydney pada Ahad.
Polis Negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1 pagi waktu tempatan di Freeman Street, Lalor Park.
Polis Negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1 pagi waktu tempatan di Freeman Street, Lalor Park.
Jejambat BSP dibuka secara rasmi pada Ahad
Jejambat Bandar Saujana Putra (BSP) telah dibuka secara rasmi pada Ahad untuk kegunaan orang awam.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman media sosialnya.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman media sosialnya.
![Konflik manusia-haiwan di Gua Musang akan dibincangkan dengan NRECC Konflik manusia-haiwan di Gua Musang akan dibincangkan dengan NRECC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708072849_TBHarimauMalaya.jpg)
Konflik manusia-haiwan di Gua Musang akan dibincangkan dengan NRECC
Konflik antara manusia dan haiwan yang banyak dilaporkan di Gua Musang akan dibincangkan dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklam (NRECC).
![Enam kes dibaham harimau di Gua Musang Enam kes dibaham harimau di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701316726_TBTapakHarimauj.jpg)
Enam kes dibaham harimau di Gua Musang
Enam kes termasuk lima kematian akibat serangan harimau direkodkan berlaku di Gua Musang dalam tempoh dua tahun bermula Julai 2021.
![Gambar tular: 'Budak cedera diserang beruk, bukan harimau' - Perhilitan Gambar tular: 'Budak cedera diserang beruk, bukan harimau' - Perhilitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700732497_TBSeranganBeruk.jpg)
Gambar tular: 'Budak cedera diserang beruk, bukan harimau' - Perhilitan
Perhilitan Perak menafikan berlakunya serangan harimau hingga mencederakan seorang kanak-kanak di Gerik, seperti yang tular di media sosial.
![Musim mengawan, ajar anak memburu punca harimau mengganas - Perhilitan Musim mengawan, ajar anak memburu punca harimau mengganas - Perhilitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700036052_Genericharimauti.jpg)
Musim mengawan, ajar anak memburu punca harimau mengganas - Perhilitan
Musim harimau mengawan dan mengajar anak memburu antara faktor utama binatang buas itu mengganas hingga menyebabkan empat kematian di Gua Musang setakat 11 November tahun ini.
![Mayat lelaki ditemui dalam keadaan ngeri dipercayai dibaham harimau Mayat lelaki ditemui dalam keadaan ngeri dipercayai dibaham harimau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699681652_TBBAHAMRIMAU.jpg)
Mayat lelaki ditemui dalam keadaan ngeri dipercayai dibaham harimau
Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham harimau di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di sini pada Jumaat.
![Penduduk Pos Pasik hentikan aktiviti harian selepas serangan harimau Penduduk Pos Pasik hentikan aktiviti harian selepas serangan harimau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696588187_OrangAsliTemiar.jpg)
Penduduk Pos Pasik hentikan aktiviti harian selepas serangan harimau
Lebih 1,000 penduduk di pos penempatan berkenaan kini tidak lagi keluar melaksanakan aktiviti harian mereka.
![Keluarga harap harimau serang Halim dapat ditangkap Keluarga harap harimau serang Halim dapat ditangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683960182_diserangharimau.jpg)
Keluarga harap harimau serang Halim dapat ditangkap
Ahli keluarga Halim Asin yang maut selepas dipercayai diserang harimau Selasa lepas, berharap haiwan itu dapat ditangkap.
![Penternak lembu di Kerteh pula bimbang serangan harimau Penternak lembu di Kerteh pula bimbang serangan harimau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642412179_HARIMAUMALAYA.jpg)
Penternak lembu di Kerteh pula bimbang serangan harimau
Seorang penternak, Ramli Mohamad, 62, berkata seekor daripada 25 lembunya ditemukan mati dipercayai dibaham harimau Jumaat lepas.