GUA MUSANG: Konflik antara manusia dan haiwan yang banyak dilaporkan sekitar sini sejak kebelakangan ini sehingga ada ketikanya mengancam nyawa serta menyebabkan kerugian, akan dibincangkan penduduk sini dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklam (NRECC), kata Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim.
Beliau berkata antara usul yang akan diutarakan adalah penambahan anggota jabatan berkaitan bagi menangani permasalahan gangguan hidupan liar yang membelenggu rakyat di daerah ini.
Katanya konflik hidupan liar di daerah ini semakin kerap berlaku sehingga menyebabkan kerugian yang perlu ditanggung rakyat mencecah ratusan ribu ringgit.
"Jadi kita telah aturkan satu pertemuan untuk berbincang dengan NRECC, dan kita sedang melihat tarikh sesuai untuk berjumpa Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.
"Insya-Allah dalam sidang Parlimen akan datang saya akan bangkitkan lagi cadangan penambahan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas berkali-kali sudah ia diusulkan, dan juga keperluan penyediaan kelengkapan khusus untuk menangani isu ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Berkhatan Percuma di Dewan Serbaguna Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Antara usul yang akan diutarakan adalah penambahan anggota jabatan berkaitan bagi menangani permasalahan gangguan hidupan liar yang membelenggu rakyat di Gua Musang. - Gambar hiasan
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.
Hujan lebat berterusan diramal landa Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga esok
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang sehingga esok.
Susunan batu marmar dengan tulisan ayat al-Quran tarikan baharu di Gua Musang
Batu seberat 100 metrik tan beri imej baharu kepada kawasan tersebut, sambil mempromosi batu marmar asli bermutu tinggi di jajahan itu.
Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.
PKOB mahu 80,000 penduduk Gua Musang siap sedia hadapi gelombang baharu MTL
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menasihatkan hampir 80,000 penduduk di daerah Gua Musang untuk berwaspada bagi menghadapi gelombang baharu Monsun Timur Laut (MTL).
KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan
KPN laksana 18 projek infrastruktur di Gua Musang, Kelantan, bawah Kampung Angkat MADANI, tingkat kemudahan asas dan taraf hidup desa.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.