GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pos Pasik di sini, menghentikan aktiviti berkebun dan mencari hasil hutan susulan serangan hidupan liar dipercayai harimau belang sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di penempatan itu baru-baru ini.
Penghulu Kampung Pasik Asem Along berkata penduduk dibelenggu ketakutan selepas menyaksikan sendiri kelibat haiwan buas terbabit ketika sedang berkawal di sekitar lokasi penemuan mayat mangsa yang dibaham harimau itu di kawasan hutan Kampung Perwer pada 4 pagi semalam.
Asem berkata disebabkan itu lebih 1,000 penduduk di pos penempatan berkenaan kini tidak lagi keluar melaksanakan aktiviti harian mereka.
"Penduduk dapat melihat dengan jelas kelibat harimau belang yang muncul di kawasan mayat dijumpai pada waktu hampir subuh itu. Haiwan itu merupakan harimau dewasa dengan ketinggian pada paras pinggang lelaki dewasa.
"Melihatkan saiznya yang besar dan ada nyawa yang terkorban, kami tidak berani lagi keluar dari kawasan rumah walaupun bergerak dalam kumpulan yang ramai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, Pisie Amud, 25, ditemukan meninggal dunia dengan kaki kirinya hilang disyaki dibaham harimau selain kesan cakaran haiwan itu pada kepala dan badannya di kawasan hutan Pos Pasik di sini Rabu lepas.
Mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di dalam kawasan cerun dalam hutan itu dibawa keluar dan dihantar ke unit forensik Hospital Gua Musang petang semalam, berikutan laluan untuk masuk ke kawasan itu hanya boleh diakses oleh kenderaan pacuan empat roda dan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam serta bergantung kepada cuaca untuk sampai ke lokasi kejadian.
Sementara itu, Penghulu Kampung Bering Anjang Renget berkata sebelum ini, penduduk pernah terjumpa kesan tapak kaki harimau di penempatan itu, namun tidak pernah membuat sebarang laporan.
"Sebelum ini kita memang tahu haiwan itu ada kerana terjumpa kesan tapak kaki di dalam kawasan hutan tetapi kita tidak melaporkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana tidak pernah nampak kelibat dan tidak berlaku sebarang ancaman kepada penduduk," kata Anjang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Pasik Muhamad Sani Ngahtiman pula berharap Perhilitan dapat menangkap harimau belang itu demi keselamatan penduduk.
"Kami berharap ada tangkapan haiwan liar dibuat oleh pihak berwajib. Kami mahu keselamatan penduduk terjaga selepas kejadian yang menimpa mendiang Pisie Amud," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023

FOTO HIASAN: Sungai Kenong, yang menjadi nadi kehidupan masyarakat Orang Asli Temiar di Kampung Bering, Pos Pasik, Gua Musang. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penduduk Pos Pasik hentikan aktiviti harian selepas serangan harimau
Lebih 1,000 penduduk di pos penempatan berkenaan kini tidak lagi keluar melaksanakan aktiviti harian mereka.

Mayat Orang Asli dipercayai dibaham harimau ditemukan di kawasan cerun
Seorang lelaki Orang Asli yang maut akibat diserang hidupan liar dipercayai harimau belang, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.

Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar menyumpit berhampiran kawasan Kampung Sugi pada Selasa.

Dua wanita Orang Asli dibantu Medevac dapatkan rawatan di hospital
Dua pesakit selamat tiba di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 11 pagi sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang menggunakan ambulans.