KUALA LUMPUR: Penstrukturan lebuh raya tanpa kenaikan kadar tol dilihat sangat baik kerana ia dijangka meningkatkan lagi produktiviti pengurusan lebuh raya yang akhirnya diterjemah kepada manfaat pengguna.
Bagaimanapun, penganalisis ekonomi, Prof Mohd Yusof Saari berkata, dari aspek jangka panjang, banyak perkara perlu diberi perhatian bagi memastikan kecekapan pengurusan lebuh raya dapat ditingkatkan.
"Pertama, ia beri manfaat kepada pengguna dan syarikat atau perniagaan, terutama yang menggunakan perkhidmatan penghantaran kerana kos bergantung juga pada kadar tol. Ini mempengaruhi pengangkutan barang jadi sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan tekanan perniagaan.
"Kedua, apabila kerajaan tidak meningkatkan kadar tol, kerajaan ada beberapa pilihan, sama ada bayar pampasan atau panjangkan tempoh konsesi tol. Jadi, ini akan kurangkan tekanan kepada fiskal kerajaan kerana tidak perlu bayar pampasan.
"Pengambilalihan ini memang akan beri kesan baik tetapi dari sudut lain, kita nak pastikan ia tidak beri kesan sebaliknya kepada kecekapan pengurusan lebuh raya. Kita mahu kualiti lebih baik dan pengurusan lebih cekap. Tak mahulah situasi kadar tol tak naik, kualiti juga jadi tidak baik," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI.
Beliau juga melihat cadangan sesetengah pihak untuk kerajaan mengkaji mengurangkan kadar tol sebagai berasas, namun dalam masa yang sama berpendapat kadar tol yang tidak dinaikkan boleh dianggap relevan dengan kadar pengguna lebuh raya.
"(Cadangan kurangkan kadar tol) ada asasnya kerana lebuh raya mengambil untung daripada jumlah kenderaan yang masuk lebuh raya, digunakan bagi pengurusan dan tadbir urus lebuh raya.
"Tetapi dalam keadaan ini kita lihat carry capacity, ada nampak lebihan lebih kuota, penggunaan melebihi kapasiti sebenarnya. Ini menunjukkan walaupun kadar tol tidak naik tetapi dengan bilangan kenderaan yang keluar masuk meningkat, ia akan menambah keuntungan kepada konsesi syarikat tol.
"Pada pendapat saya, kalau bilangan pengguna bertambah, tidak perlu naikkan kadar tol kerana fungsi utama lebuh raya memudahkan perjalanan, kalau jadi kurang cekap dengan masalah kesesakan trafik dan masalah lain, itu tidak boleh dipandang ringan," jelasnya.
Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kadar tol empat lebuh raya di Lembah Klang tidak dinaikkan dan kekal hingga tamat tempoh konsesi.
Dalam masa yang sama, Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) akan mengambil alih Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).
Penstrukturan semula menerusi kaedah itu menyaksikan tiada lagi pemegang saham dalam apa juga bentuk seperti dividen.
Madiha Abdullah
Wed Apr 06 2022
Banyak perkara perlu diberi perhatian bagi memastikan kecekapan pengurusan lebuh raya dapat ditingkatkan. - Bernama
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Laluan di NKVE ditutup akibat tanah mendap
Polis mengesahkan lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di Kilometer (KM) 18.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah selatan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan.
Tol percuma di semua lebuh raya pada 29, 30 Okt sempena Deepavali
Tol percuma ini akan dilaksana di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam 29 Okt (Selasa) dan berakhir pada 11.59 malam 30 Okt 2024 (Rabu).
Seorang parah, dua cedera ringan kemalangan babit tujuh kenderaan
Kemalangan melibatkan lima buah kereta dan dua motosikal berlanggar, mengakibatkan seramai lapan orang mangsa terlibat.
Empat ditembak di lebuh raya di Kentucky, Amerika Syarikat
Kejadian tembakan berlaku ketika polis sedang giat memburu suspek yang dianggap "bersenjata dan berbahaya."
Penggunaan BIM perlu diperluas kepada pembinaan pembetungan, jalan raya - Ahmad
Ahmad turut mencadangkan agar universiti dan syarikat pembinaan tempatan bekerjasama dalam membangunkan perisian BIM keluaran Malaysia.
Kemalangan lori treler melintang di lebuh raya Pagoh-Yong Peng
Menurut PLUS, ketika ini semua lorong terhalang dan trafik tidak bergerak.
Jajaran di Sarikei Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak siap Oktober
Status kerja-kerja pembinaan Seksyen Bukit Sebangkoi telah mencapai 99 peratus.
Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis
Lebih 300 penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.