KUALA LUMPUR: Satu kemalangan melibatkan sebuah lori treler melintang dilaporkan di tengah lebuh raya Pagoh-Yong Peng di kilometer 114 menghala arah ke selatan.

Kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga buah kereta.

Menurut PLUS, ketika ini semua lorong terhalang dan trafik tidak bergerak.




Pemandu dinasihatkan keluar di Plaza Tol Pagoh dan gunakan laluan alternatif untuk ke arah selatan.