UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Pensijilan halal: Teresa Kok sahkan akan dirakam keterangan esok

Teresa Kok mengesahkan beliau sudah dihubungi pihak polis untuk dirakam keterangan berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Astro Awani
Mon Sep 09 2024
Pensijilan halal: Teresa Kok sahkan akan dirakam keterangan esok
Teresa yang juga Naib Presiden DAP itu berkata, beliau akan ditemani peguam Syahredzan Johan dan Ramkarpal Singh. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengesahkan beliau sudah dihubungi pihak polis untuk dirakam keterangan berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, pada Selasa.

"Saya menerima panggilan daripada seorang pegawai polis semalam untuk memberi keterangan di Bukit Aman esok (Selasa) pukul 10 pagi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Isnin.

Teresa yang juga Naib Presiden DAP itu berkata, beliau akan ditemani peguam  Syahredzan Johan dan Ramkarpal Singh.

Menurutnya, satu sidang media akan diadakan kira-kira pukul 11 pagi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, selepas memberi keterangan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini memberitahu, polis  membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menyentuh isu agama.

Seksyen itu katanya memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut beliau, Teresa juga disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebarkan berita yang mampu menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengandungi kenyataan jelik.

Media sebelum ini melaporkan bahawa JAKIM sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Bagaimanapun, Teresa Kok dilaporkan kemudiannya menyatakan bahawa cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan seperti itu mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan, termasuk membabitkan ribuan pengusaha restoran Melayu.






#Teresa Kok#isu sijil halal#dirakam keterangan#menyentuh isu agama
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'

Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya

ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam

Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir

Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin

Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes

Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
Teresa Kok saman fitnah Akmal Saleh isu halal

Teresa Kok saman fitnah Akmal Saleh isu halal

Naib Presiden DAP, Teresa Kok memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lalu, berhubung isu sijil halal.
Kontroversi pensijilan halal berlaku sebab salah faham - Teresa

Kontroversi pensijilan halal berlaku sebab salah faham - Teresa

Teresa menyerahkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi penjelasan mengenai isu itu.
Pensijilan halal: Kertas siasatan ke atas Teresa Kok sudah diserahkan kepada AGC - KPN

Pensijilan halal: Kertas siasatan ke atas Teresa Kok sudah diserahkan kepada AGC - KPN

Kertas siasatan membabitkan Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh

Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh

Menurut Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC

Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC

Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Sijil halal boleh untuk Islam dan bukan Islam, bertepatan fitrah - Fauwaz Fadzil

Sijil halal boleh untuk Islam dan bukan Islam, bertepatan fitrah - Fauwaz Fadzil

Sepatutnya tidak timbul sebarang masalah berkaitan sijil halal untuk perniagaan orang Islam dan bukan Islam memandangkan ia bertepatan dengan fitrah manusia.
Isu sijil halal: Teresa Kok pertimbang tindakan undang-undang terhadap Akmal Saleh

Isu sijil halal: Teresa Kok pertimbang tindakan undang-undang terhadap Akmal Saleh

Teresa Kok sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada barisan peguam.
Isu sijil halal: 'Saya tak pernah persoal peranan Jakim, sijil halal' - Teresa Kok

Isu sijil halal: 'Saya tak pernah persoal peranan Jakim, sijil halal' - Teresa Kok

Teresa Kok menjelaskan beliau tidak pernah mempersoalkan peranan Jakim termasuk langkah pematuhan sijil halal.
Isu sijil halal: Kertas siasatan Teresa Kok dirujuk kepada AGC dalam 2 hari - KPN

Isu sijil halal: Kertas siasatan Teresa Kok dirujuk kepada AGC dalam 2 hari - KPN

Kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh dua hari untuk tindakan lanjut.
Isu sijil halal: 'DAP akan terus berdiri bersama Teresa Kok' - Guan Eng

Isu sijil halal: 'DAP akan terus berdiri bersama Teresa Kok' - Guan Eng

Lim Guan Eng, menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal, tidak menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan raja.