Dasar penjualan petroleum cecair (LPG) mengikut harga industri ke negara jiran mungkin dilaksanakan dalam usaha kerajaan mengelak ketirisan bahan bersubsidi itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Bagaimanapun, beliau berkata dasar itu perlu kajian lanjut dan akan mengambil sedikit masa bagi memastikan pelaksanaannya kelak tidak menimbulkan masalah ketirisan seperti yang berlaku sebelum ini.
Katanya sekiranya semua pengusaha terlibat telah bersedia untuk melaksanakan dasar itu dengan menggunakan tong berbeza warna serta kuota dibekalkan tidak akan menjejaskan rakyat negara ini, kemungkinan dasar itu boleh dilaksanakan pada tahun ini.
"Ketirisan LPG masih berlaku di kawasan ini hasil risikan KPDNKK baru-baru ini. Saya sendiri ada mendapat gambar mengenai tong LPG dibawa ke seberang dan kita tidak mahu keadaan ini terus berlaku. Oleh itu kita akan bekalkan (jual ke negara jiran)," katanya kepada pemberita selepas melawat Point of Sales Pulau Sebatik di sini pada Isnin.
Menurutnya inisiatif membekal LPG ke negara jiran itu bukan sekadar boleh mengurangkan masalah ketirisan bahan bersubsidi itu malah wajar dari aspek ekonomi kerana ia akan memberi keuntungan dan membantu negara jiran yang memerlukannya.
"Saya akan tengok polisi ini dahulu supaya adil demi kepentingan rakyat kita. Kita tidak boleh guna tong yang sama warna, perlu ada perbezaan ... perlu jual dengan harga industri dan bukan harga subsidi," katanya.
Mengulas mengenai lawatan berkenaan, Hamzah berkata, para peniaga dan pemborong di Pulau Sebatik menjual barangan subsidi untuk keperluan penduduk tempatan dengan penuh komitmen.
Katanya pihak berkuasa tidak akan membenarkan barangan bersubsidi masuk ke negara jiran sewenang-wenangnya demi kepentingan penduduk tempatan dan pada masa yang sama akan memastikan barangan bersubsidi dijual pada harga ditetapkan.
Bernama
Mon May 16 2016

HAMZAH: Saya akan tengok polisi ini dahulu supaya adil demi kepentingan rakyat kita. -Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Penjualan LPG ke negara jiran mungkin dilakukan untuk elak ketirisan - Hamzah
Dasar itu perlu kajian lanjut dan akan mengambil sedikit masa bagi memastikan pelaksanaannya kelak tidak menimbulkan masalah ketirisan seperti yang berlaku sebelum ini.