KANGAR: Penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada Program Residensi Rakyat (PRR) bakal menjadikan kualiti perumahan rakyat di negara ini setanding program di bawah Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kementeriannya dalam proses penjenamaan semula PPR kepada PRR di mana model pembinaannya setanding perumahan rakyat di negara-negara berkenaan.
"PRR ini adalah bermatlamatkan perumahan rakyat yang bertaraf dunia dan ini adalah perancangan kita.
"Bagi PPR pula, setakat ini kerajaan sudah membelanjakan sebanyak RM12 bilion untuk 116,000 unit PPR di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Kangar Street Art, di sini, pada Selasa.
Katanya, dalam masa sama, beliau mengharapkan agar pemilik unit PPR tidak menyalahgunakan unit kediaman mereka dengan menjual semula unit berkenaan atau menyewanya kepada orang lain termasuk warga asing.
"Bagi pemilik unit PPR, saya sarankan jangan anda jual atau sewa unit PPR anda kerana kerajaan sudah pun memberikan subsidi yang besar kepada PPR.
"Sebagai contoh seunit PPR mempunyai nilai pasaran sebanyak RM300,000. Namun, kerajaan hanya menjual sebanyak RM45,000.
"Dengan kata lain, sebuah unit rumah PPR, kerajaan beri 'angpau' atau subsidi sebanyak RM265,000.
"Itu adalah duit rakyat dan disebabkan itu, kita juga mempunyai moratorium iaitu dalam tempoh 10 tahun, unit rumah PPR itu tidak boleh dijual.
"Malah jika dibuat sewa juga, kontrak boleh ditamatkan selain tindakan undang-undang boleh diambil," katanya.
Sementara itu, dalam majlis sama, Kor Ming mengumumkan peruntukan sebanyak RM8.12 juta untuk pelaksanaan 20 projek di Perlis.
"Antaranya RM2.96 juta untuk penggantian enam unit lif di Blok A dan B, PPR Seri Sena yang siap pada tahun lalu di mana ia memanfaatkan 1,864 penghuni PPR Seri Sena.
"Selain itu, RM1.7 juta bagi pelaksanaan lima projek Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) di kawasan perumahan awam di Kangar yang membabitkan pendawaian elektrik untuk lampu kawasan dan koridor, penggantian paip retikulasi, penggantian bumbung dan pembaikan kerosakan harta bersama seperti kebocoran tandas dan dapur," katanya.
Tambah Kor Ming, kerajaan turut memberikan perutukan sebanyak RM480,000 bagi pembinaan semula enam unit gerai di Pasar Borong Sena serta penyaluran RM1.38 juta kepada Majlis Perbandaran Kangar bagi tahun ini bertujuan menaik taraf lampu, tandas awam, dan pasar.
Terdahulu, Kor Ming bersama Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli meninjau Kampung Warna Warni di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.
Adie Sufian Zulkefli
Tue May 07 2024

Kor Ming bersama Mohd Shukri meninjau Kampung Warna Warni di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis. -Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.

Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.

RM15 juta naik taraf Pasar Besar Ipoh jadi tarikan pelancong, moden - Nga
Peruntukan berkenaan adalah di bawah projek naik taraf pasar warisan berusia lebih 50 tahun yang antara keutamaan kementerian.

RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.

Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.

Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.

Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.

PBT digesa percepat warta tanah lapang awam, elak salah guna - Nga
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mempercepat proses pewartaan tanah lapang awam di kawasan masing-masing bagi mengelakkan ia disalah guna oleh mana-mana pihak.