Pemikiran lapuk penjawat awam kanan yang menolak idea dan inovasi kakitangan baru perlu dikikis.
Gesaan itu dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu setiap idea dan inovasi mereka yang baru menyertai sektor awam didengari dan dilaksanakan.
"Mesej ini juga disampaikan kepada penjawat awam kanan mereka sepatutnya tidak terlalu terikat dengan hierarki.
"Mereka sepatutnya memberi peluang kepada penjawat awam muda untuk membolehkan mereka menyalurkan idea kreatif kepada senior.
"Itulah budaya yang perlu diamalkan dalam perkhidmatan awam pada ketika ini," katanya pada sesi dialog 'Design Thinking' (DT) (Pemikiran Reka Cipta), penggerak Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Genovasi Malaysia (Genovasi), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan salah seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang juga alumni pelatih Genovasi Malaysia yang bertanyakan cara untuk melaksanakan idea dan inovasi di kementerian yang beliau bertugas.
Tambahnya, penjawat awam muda perlu berani menyampaikan idea dan inovasi mereka kepada pengurusan bagi memastikan ia meningkatkan tahap penyampaian kerajaan kepada rakyat.
"Saya sangat gembira apabila anda sangat berminat berkenaan apa yang anda boleh lakukan sebagai duta pereka inovasi.
"Apa yang penting adalah untuk anda bercakap dengan bos anda dalam perkhidmatan awam dan sampaikan kepada mereka idea inovatif yang anda ada dan letakkannya dalam satu tindakan dan diamalkan," ujarnya.
Genovasi memulakan tiga program baharu iaitu Design Thinking - Catch'em Young (DT-CEY) memfokuskan kanak-kanan berusia 10 hingga 14 tahun, Design Thinking - Catch'em Growing (DT-CEG) melibatkan umur 17 hingga 20 tahun, dan Design Thinking Experience (DTE) dalam bahasa Malaysia dan Mandarin.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Aug 01 2017
Datuk Seri Najib berkata penjawat awam muda perlu berani menyampaikan idea dan inovasi mereka kepada pengurusan bagi memastikan ia meningkatkan tahap penyampaian kerajaan kepada rakyat. - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Penjawat awam 'senior' perlu terima idea, inovasi penjawat awam 'junior' - PM Najib
Pemikiran lapuk penjawat awam kanan yang menolak idea dan inovasi kakitangan baru perlu dikikis.