IPOH: Penjawat awam Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji yang akan dibayar penuh pada 20 Dis ini.
Pemberian BKK itu juga melibatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ex-Officio, semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad ketika membentangkan Belanjawan 2024 membabitkan peruntukan RM1.35 bilion pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa menyanjung tinggi jasa dan komitmen penjawat awam sebagai tunjang serta tonggak kepada urusan pentadbiran kerajaan.
Pemberian BKK itu katanya sebagai menghargai dedikasi mereka dalam memikul tugas yang diamanahkan.
"Bayaran BKK turut dipanjangkan kepada semua ketua kampung bagi lantikan sebelum 15 Dis 2023 pada kadar RM400 seorang," katanya.
Selain itu, Saarani turut mengumumkan insentif bernilai RM100,000 kepada pasukan Perak Bison yang berjaya merangkul kejuaraan Liga Sepak Takraw (STL) dan Piala Tun Ali 2023.
Kerajaan negeri katanya menyediakan peruntukan berjumlah RM27.8 juta bagi agenda pembangunan sukan antaranya untuk penyediaan bilik hidroterapi atlet, penyelenggaraan bangunan Majlis Sukan Negeri (MSN), program sukan dan sukan Orang Kurang Upaya (OKU) selain penganjuran acara Pelancongan Sukan sempena Tahun Melawat Perak 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Saarani berkata kerajaan negeri sentiasa menyanjung tinggi jasa dan komitmen penjawat awam sebagai tunjang serta tonggak kepada urusan pentadbiran kerajaan. - Gambar/ Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.

Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.

Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.

Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah
Ia menerima Sijil SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat.

Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.

Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.

PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti

Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.