JOHOR BAHRU: Polis Johor berjaya membongkar taktik sekumpulan penjaja jeruk menyorok produk mereka di dalam longkang dan berhampiran loji kumbahan bagi mengelak penguat kuasa.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor (KJSPT), Superintendan M Kumarasan berkata, perbuatan itu dikesan menerusi Ops Khas Penjaja Jalanan di sekitar kawasan Bandar Baru Uda di sini pada 2.30 pada Ahad.
Katanya, operasi itu diketuai PT Penguatkuasa JSPT Johor, Asisten Superintendan Mohd Zainudin Abu Bakar bersama lima anggota polis dilakukan susulan aduan diterima mengenai aktiviti penjaja jalanan yang semakin berleluasa di sekitar kawasan negeri itu.
“Berdasarkan statistik dan data yang diperoleh, sebanyak 52 lokasi tumpuan penjaja jalanan dikenal pasti dan tumpuan utama adalah persimpangan lampu isyarat di laluan utama.
"Hasil operasi yang mendapati bungkusan makanan pencuci mulut itu disorok di lokasi yang tidak sepatutnya iaitu di dalam longkang dan berhampiran kawasan kumbahan bagi mengelak tindakan diambil oleh pihak penguat kuasa," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Beliau menyifatkan tindakan penjaja yang menyimpan produk makanan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan memandang remeh isu kebersihan makanan serta risiko penyakit bahaya yang boleh disebarkan sekiranya ia tercemar.
“Sikap individu yang mencari jalan mudah, meraih simpati pengguna jalan raya dengan menggajikan pekerja asing menjaja jeruk tanpa mengira risiko dan bahaya kepada diri sendiri serta pengguna, boleh mengundang kemalangan,” katanya.
Jelas Kumarasan, aktiviti menjaja di jalan awam adalah menyalahi peraturan serta undang-undang dan mereka yang menjalankan urusan jual beli di lokasi terbabit boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 10A (1) dan Kaedah 10A (2) LN 166/59 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Mon Mar 28 2022
Operasi dilakukan susulan aduan diterima mengenai aktiviti penjaja jalanan yang semakin berleluasa di sekitar kawasan negeri itu.- Foto Polis Johor
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Penjaja sorok jeruk dalam longkang berhampiran loji kumbahan
Perbuatan itu dikesan menerusi Ops Khas Penjaja Jalanan di sekitar kawasan Bandar Baru Uda di sini pada 2.30 pada Ahad.