TELUK INTAN: Di sebalik dentingan setiap 15 minit jam besar di Menara Condong yang masih berdiri megah di pekan Teluk Intan, ada sosok penting yang memastikan jam itu terus berfungsi biarpun telah berusia 128 tahun.
Hisham Sahak, 44, atau mesra dengan panggilan Abi ditugaskan sepenuhnya untuk menjaga jam buatan firma JW Benson - Ludgatehill dari London itu sejak 4 April 2004 selepas penjaga asalnya bersara bagi memastikan ia tetap berfungsi dengan baik sehingga hari ini.
Pernah disindir melakukan kerja tidak popular dan tidak berupah, namun ia tidak menjadi halangan bahkan menguatkan tekad Hisham untuk terus menggalas amanah bagi memastikan jam Menara Condong di sini terus berdenting bagi tatapan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong dari luar negara.
Hampir dua dekad menjaga jam berkenaan, Hisham yang bertugas selaku pembantu am di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) pernah menerima persoalan faedah yang boleh didapati dengan menjaga jam dan menara ikon sejarah itu.
"Saya hanya pekakkan telinga dan bagi saya tugas yang diamanahkan harus dibuat sebaik mungkin. Dalam fikiran saya, kalau jam dan menara ini tidak dijaga dengan rapi, tiada siapa yang nak datang berkunjung ke Teluk Intan," katanya ketika ditemui BERNAMA di sini.
Anak jati kelahiran Teluk Intan itu berkata dia hanya mengambil masa selama sebulan untuk mempelajari dan mengenal pasti fungsi serta sistem jam berkenaan, walaupun secara asasnya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang itu.
"Saya memang tak pergi belajar atau diminta menghadiri mana-mana kursus untuk mengkaji pengoperasian sistem jam ini. Ia lebih kepada minat sahaja yang menyebabkan saya mampu mengetahui dan memahami bagaimana jam ini berfungsi.
"Pada peringkat awal, saya juga habiskan masa selama empat jam sehari untuk mempelajari dan mengenal pasti fungsi setiap komponen yang terdapat pada sistem jam ini," katanya.
Mengulas cara jam itu berfungsi, bapa kepada tujuh cahaya mata itu menjelaskan ia bergerak secara manual bagi mengekalkan fungsi dan pergerakan waktunya, selain perlu dikunci pada Rabu setiap minggu.
Jika kerja mengunci tidak dilakukan pada waktu ditetapkan, menurut Hisham tindakan itu akan menyebabkan pemberat atau batu ladung yang diikat menggunakan kabel khas terdampar di bahagian bawah menara berkenaan, sekali gus memberhentikan pergerakan jam.
"Jam ini akan berdenting setiap 15 minit dan sekerap itulah kabel besi pemberat yang bersambung ke jam akan turun sedikit demi sedikit sehingga menyentuh lantai di tingkat paling bawah menara ini.
"Genap seminggu, kabel besi pemberat perlu dinaikkan semula dengan menggunakan engkol yang terdapat pada sistem jam bagi membolehkan ia bergerak seperti biasa," katanya.
Mengimbas pengalamannya menjaga jam itu, Hisham berkata ia pernah mengalami kerosakan yang menelan belanja kira-kira RM18,000 membabitkan beberapa komponen seperti kipas pengimbang kabel serta kunci bagi jarum jam berkenaan.
"Semua komponen itu terpaksa digantikan dan untuk pengetahuan semua, ia (komponen baharu) tiada dijual di dalam negara, sebaliknya perlu diimport terus dari London," katanya.
Hisham berkata dia amat berbangga menjadi antara orang penting di sebalik ikon yang mempunyai nilai sentimental sebagai satu daripada tinggalan sejarah negara itu.
Meskipun tugas itu tidak berbayar, ia tetap memberi kepuasan buat dirinya apabila berjaya membunyikan jam pada setiap hari termasuk semasa upacara penting seperti sambutan Hari Kebangsaan dan Tahun Baharu.
"Jam ini begitu dekat dengan hati saya dan paling saya puas apabila ia berdenting, akan ada mata yang memerhati ke atas menara untuk melihat waktu yang tertera di jam itu.
"Apabila saya sudah tiada nanti, diharapkan jam dan menara ini akan terus dikekalkan dan dipelihara sebaik-baiknya dalam bentuk asal untuk dihayati generasi akan datang," katanya.
Berdasarkan catatan asal, menara berkenaan dibina oleh arkitek berbangsa Cina, Leong Choon Cheong yang berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk tempatan pada musim kemarau, selain berperanan sebagai penunjuk waktu apabila ia dilengkapi jam pada 1895.
Jam itu dibeli Leong menggunakan hasil wang derma penduduk tempatan daripada pembuat jam terkenal pada abad ke-19, James Wilson Benson di Ludgate Hill, London.
Pada era itu, jam berkenaan dikatakan mampu menghasilkan bunyi dentingan sejauh lima kilometer pada waktu malam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
Menara Condong dibina oleh arkitek berbangsa Cina, Leong Choon Cheong yang berfungsi sebagai tangki simpanan air, selain berperanan sebagai penunjuk waktu apabila ia dilengkapi jam pada 1895. - Gambar/ Bernama
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.
Penjaga jam Menara Condong galas amanah pastikan ikon sejarah terus berdenting
Di sebalik dentingan setiap 15 minit jam besar di Menara Condong yang masih berdiri megah di pekan Teluk Intan, ada sosok penting yang memastikan jam itu terus berfungsi.
Lelaki kurang siuman mengamuk dalam Menara Condong Teluk Intan
Seorang lelaki dipercayai kurang siuman melakukan kekacauan dengan bertindak membuang serpihan kayu dari atas Menara Condong Teluk Intan.
Menara Condong Teluk Intan diisytihar Warisan Kebangsaan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengisytiharkan Menara Condong Teluk Intan sebagai Warisan Kebangsaan.