KUALA LUMPUR: Mungkin ramai yang menggunakan bayaran dalam talian ketika berurus niaga, memudahkan, namun membuka risiko untuk jenayah siber termasuk penipuan jualan.
Pada tahun 2022, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan sebanyak 9,258 kes yang dikaitkan dengan penipuan jualan dalam talian, melibatkan mangsa dari kumpulan umur 15 hingga 61 tahun ke atas.
Modus Operandi (MO) yang sering dikaitkan dengan jualan dalam talian, melibatkan 'penyangak' siber memikat mangsa dengan menawarkan harga yang lebih murah berbanding nilai pasaran.
Mangsa kemudiannya dipaksa membuat bayaran segera ke akaun bank dan berakhir dengan mangsa hanya menyedari ditipu apabila tidak dapat lagi menghubungi pihak yang mendakwa sebagai penjual barangan.
Bekas pegawai bank HSBC Hemalatha Saravanan berkongsi pengalaman pahit beliau menjadi mangsa penyangak siber tahun lepas (2022) apabila memilih perkhidmatan pembersihan daripada iklan di media sosial Facebook. Iklan berkenaan menawarkan harga RM30 sejam.
Menurut Hemalatha, apa yang berlaku sebaik sahaja menekan pautan Facebook, dia dihubungkan kepada seseorang bernama 'Mr Roy' di WhatsApp. Dia diminta membuat separuh bayaran daripada jumlah yang ditentukan untuk membuat tempahan.
"Mr Roy kongsi satu pautan dan minta saya muat turun dengan syarat untuk terima cookies. Saya kemudian dihubungkan dengan perbankan dalam talian saya tapi saya tak terima sebarang kata laluan satu kali bank (OTP) apabila saya cuba buat pindahan bayaran.
"Telefon bimbit saya hang selepas itu selama 45 minit dan baki wang saya dalam akaun bank termasuk wang e-Wallet sebanyak RM80 lenyap," katanya.
Hemalatha juga berkata, dia tidak sempat untuk memeriksa sama ada tawaran khidmat pembersihan itu tulen sebelum membuat bayaran kerana 'Mr Roy' terus menekannya supaya ikut semua arahan dia untuk memastikan tempahan berjaya.
MANGSA CUAI ATAU SEKURITI DALAM TALIAN BANK YANG LEMAH?
Sering menjadi perbahasan sama ada mangsa penipuan dalam talian perlu dipersalahkan kerana kecuaian mereka atau pun pihak bank yang bersalah kerana gagal melidungi akaun pelanggan.
Dalam kes ini, pakar Cybersecurity Fong Choong Fook dari LGMS Bhd berkata, mangsa penipuan dalam talian perlu dipersalahkan kerana kecuaian mereka dan kerana percaya sangat dengan orang asing dalam talian.
"Penipuan perbankan elektronik E-banking semakin menjadi biasa kerana penipu dengan mudah boleh menggodam telefon Android dan mempunyai akses kepada maklumat peribadi mangsa menerusi fail Android Package Kit (APK)," katanya.
Sebaik sahaja telefon mangsa digodam, katanya, penipu akan menerima kata laluan satu kali bank (OTP) untuk memindahkan keluar wang mangsa.
"Ini berlaku kerana mangsa memasang aplikasi yang tidak dibenar, yang dihantar oleh penipu.
"Semua bank perlu tidak lagi menggunakan hantaran OTP, sebaliknya melaksanakan kelulusan permohonan dan dalam hal ini, sudah ada bank yang melaksanakannya, " jelasnya.
Menurut beliau lagi, kebanyakan bank bertauliah sedang berusaha untuk melindungi akaun orang awam termasuk menghantar nota peringatan menerusi emel, mesej teks dan meletakkan peringatan penipuan di laman sesawang masing-masing.
UNDANG-UNDANG LINDUNGI SEMUA
Akhbar tempatan melaporkan pada awal tahun ini, PDRM menumpaskan satu sindiket penipuan jual beli barang kemas dalam talian dengan menahan empat individu, menerusi dua serbuan di Kuala Lumpur dan Selangor. Antara barang dirampas enam buah telefon bimbit, dua kad bank dan tujuh salinan perbualan dari aplikasi WhatsApp untuk kegiatan penipuan mereka.
Menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, "Barang siapa menipu dan dengan jalan demikian itu mendorong secara tidak jujur orang yang terpedaya, sama ada atau tidak perdayaan yang diamalkan itu ialah dorongan tunggal atau utama, supaya menyerahkan apa-apa harta kepada mana-mana orang, atau supaya membuat, mengubah, atau membinasakan kesemua atau apa-apa bahagian sesuatu cagaran berharga, atau apa-apa yang bertandatangan atau bermeteri, dan yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat, dan hendaklah juga didenda."
Peguam Muhammad Akram Abdul Aziz memberi pandangan bahawa bergantung kepada keadaan yang menentukan sama ada bank bertanggungjawab terhadap jenayah penipuan dalam talian, meskipun secara umumnya, undang-undang Malaysia selalunya berpihak kepada bank.
"Ini boleh dilihat dalam kes melibatkan bank dan pelanggannya, Lee Cheong Chee v HSBC Bank Malaysia Berhad pada tahun 2021. Kes ini melibatkan pelanggan menggunakan kad kreditnya untuk beberapa urus niaga dengan pihak ketiga dan pihak ketiga didakwa penipu," katanya.
Menurut beliau lagi, pelanggan bank berkenaan mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan menyatakan bahawa bank sepatutnya mengambil langkah untuk memastikan beliau dilindungi daripada ditipu.
"Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa bank tidak bertanggungjawab memandangkan bank melaksanakan beberapa langkah keselamatan sebelum membenarkan urus niaga monetari menerusi dalam talian sepertimana terma kontrak yang dipersetujui antara bank dan pelanggan, melindungi bank daripada dipertanggungjawabkan dalam keadaan seperti itu," kata Muhammad Akram.
Beliau menambah, lazimnya setiap bank mempunyai terma dan syarat mereka sendiri apabila melibatkan penggunaan khidmat dalam talian dan atau aplikasi yang disediakan mereka.
"Terma dan syarat ini mengikat pengguna aplikasi dan khidmat dan pada kebanyakan masa, pengguna bertanggungjawab memastikan urus niaga dalam talian diluluskan dan disahkan oleh mereka sebelum dipindahkan kepada pihak ketiga, " jelasnya.
Muhammad Akram juga menyebut bahawa orang awam dan bank perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengelakkan daripada ditipu.
Apabila ditanya sama ada bank perlu meningkatkan sekuriti mereka, beliau berkata, kebanyakan kes penipuan dalam talian yang dikendalikannya berpunca daripada kesilapan mangsa.
"Ada bank memang perlu tingkatkan sekuriti terutamanya dari segi perlindungan data pelanggan sebab bukan sekali dua kita dengar kes di mana bank sendiri kena godam sampai menjejaskan data para pelanggan.
"Tapi realitinya tidak semudah itu dan kalau letak sistem sekuriti berteknologi tinggi pun, jika pelanggan masih lagi mudah terpedaya dengan penipu atau scammers, mereka masih berdepan risiko hilang duit," katanya.
DIGITAL MALAYSIA LEBIH BAIK UNTUK SEMUA?
Meskipun masih terdapat banyak cabaran untuk menyesuaikan diri dengan dunia digital, rakyat Malaysia boleh dikatakan mencuba yang terbaik untuk memastikan diri mereka tidak ketinggalan.
Bercakap kepada Bernama, bekas penjawat awam Tangai Raju, 73, berkata, banyak perkara didigitalkan untuk kemudahan semua orang tetapi ia menyumbang kepada masalah lebih besar.
Notis penting daripada bank malahan bil dihantar menerusi emel atau dimaklumkan melalui panggilan telefon. Tiada lagi surat bercetak.
"Kaedah ini menguntungkan penipu dan mereka dengan mudah menyasarkan mangsa dengan menyamar sebagai pegawai untuk menipu duit mangsa, " katanya.
Sementara itu, Baharin Jaafar, 52, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Klinik Kesihatan Sri Rampai berpendapat, langkah menuju kepada dunia digital bertujuan mengurangkan kes rasuah.
"Lebih mudah dan pantas membuat bayaran tanpa menggunakan wang tunai kerana dengan bayaran wang tunai, duit mungkin hilang. Menerusi bayaran menggunakan kad, ia boleh dijejak dan wang masuk ke dalam akaun yang betul," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023
Orang awam dan bank perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengelakkan daripada ditipu. - Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada tahun lepas.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Polis, penyokong Imran Khan bertempur dalam protes di Islamabad
Dalam pertempuran dengan polis malam tadi, media tempatan melaporkan beberapa orang, termasuk adik perempuan Imran, ditahan.
Warga emas rugi RM108,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi Ats-Pro dan diberikan kredit wang berjumlah RM6,000 untuk membeli satu unit saham.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Warga emas sasaran berkualiti 'scammer'
Polis menerima 21,535 laporan berkait penipuan dalam talian dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Dibuai cinta 'ahli geologi marin', peguam rugi RM1.75 juta
Seorang peguam kerugian RM1.75 juta akibat terperdaya dengan love scam atau penipuan cinta setelah berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi aplikasi WhatsApp sejak Julai lepas.
Tiga isu jenayah diberi penekanan dalam Kod Tatalaku media sosial - Fahmi
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial.
Melaka rekod kerugian RM52.19 juta akibat penipuan dalam talian
Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM52.19 juta berkaitan aktiviti penipuan dalam talian bagi tempoh Januari hingga 2 Sept lepas, dan 964 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh itu.
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
Creators IRL lancar strategi rintis, perangi penipuan, bahaya dalam talian
Kementerian Komunikasi, Meta Platforms, Inc. dan CelcomDigi mengumumkan pelancaran program rintis, Creators IRL yang bertujuan menangani isu keselamatan dan penipuan dalam talian.
6,619 kes jenayah komersial babitkan kerugian RM68.5 juta di Perak
Sejumlah 6,619 kes jenayah komersial direkodkan di Perak melibatkan kerugian melebihi RM68.5 juta dari Januari hingga 31 Julai lepas.
Kerajaan Australia akan paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan
Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua.
KPDN Pulau Pinang lupus 49,488 barang rampasan bernilai RM2.34 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang melupuskan 49,488 unit pelbagai barangan rampasan bernilai RM2.34 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Platform media sosial, pesanan Internet wajib mohon lesen mulai 2025 - MCMC
Semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).