Keputusan penilaian akhir ke atas Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan diumumkan minggu ini, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof Dr Wong Shaw Voon.
Bagaimanapun Dr Shaw Voon berkata, penilaian awal mendapati faktor memandu melebihi had laju menyebabkan antara punca kemalangan kerap berlaku di lebuh raya itu.
"Bagi siapa-siapa yang pernah melalui LPT2, mereka akan tahu bahawa LPT2 ini adalah jalan lurus, lebar dan tidak banyak trafik. Kami dapati ramai yang melebihi had laju.
"MIROS harap pada minggu ini kita akan dapat keputusan penilaian ke atas LPT2 kerana sekarang ini kerja-kerja penilaian masih berjalan," katanya kepada Astro AWANI selepas majlis pelancaran Hari Keselamatan Kanak-kanak- ASEAN NCAP di Autoliv Hirotako Safety Sdn Bhd, Balakong, di sini hari ini.
Jelasnya, pengguna jalan raya sewajarnya memahami keadaan jalan yang direka bentuk sesuai dengan had laju tertentu.
"Walaupun kereta boleh capai kelajuan yang lagi tinggi, namun kita kena faham juga keadaan jalan yang direka bentuk itu.
"Kita tidak boleh reka jalan yang 300km sejam. Kita kena reka bentuk (jalan) seperti itu supaya ramai pengguna boleh gerak daripada point A ke point B dengan cara yang paling berkesan dari segi keselesaan dan keselamatan," jelasnya.
PENGGUNA PANDU LAJU KERANA MENGANTUK
Malah menurutnya lagi, ada sesetengah pemandu cenderung untuk memandu laju di LPT2 kerana mendakwa ia boleh menghilangkan rasa mengantuk.
"Ramai pengguna yang kata sebab tidak ada kereta, bosan dan mengantuk semasa memandu, itu antara alasan. Mungkin ada kebenaran juga.
"Kalau mengantuk sebab tidak cukup rehat, dan dalam keadaan tidak selesa, mereka kena rehat dan rancang perjalanan mereka.
"Jangan kerana mengantuk, seseorang itu cuba memandu laju untuk hilangkan mengantuk. Tidak boleh begitu," kata beliau.
Bagaimanapun, beliau mengakui ada perkara yang perlu ditambah baik jika melihat kepada keadaan lebuh raya berkenaan.
"Dalam penilaian yang sudah dilakukan sampai sekarang kita sedang lakukan, masih ada ruang yang boleh ditambah baik.
"Contohnya masalah tanah mendap, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah berusaha untuk tambah baik keadaan di sana. Itu boleh diuruskan," ujarnya.
MIROS BUKAN PAKAR BIDANG MISTIK
Tambah beliau, MIROS tidak dapat memastikan kebenaran bahawa LPT2 berhantu memandangkan pihaknya hanya membuat penilaian dari sudut saintifik sahaja.
"Saya bukan pakar bidang mistik. MIROS tidak pandang dari sudut itu. Semua dianalisa adalah dari sudut saintifik iaitu dari segi kejuruteraannya," kata beliau lagi.
Mengulas mengenai keadaan LPT2 yang dikatakan 'beralun', ini jawab beliau:
"Ya, jalan 'beralun' jika pengguna lalu, dia akan rasa tidak selesa.
"Namun, kadang-kadang keadaan tidak selesa itu akan mengejutkan pengguna yang mengantuk," jelasnya.
Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia, 87 kes kematian direkodkan di LPT2 sejak ia dibuka Januari 2011.
Pada 14 Oktober lalu, enam sekeluarga maut selepas kenderaan yang mereka naiki terperosok di bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di kilometer 258.8, manakala tiga hari kemudian, dua beranak maut selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di kilometer 273.9.
Malah, kejadian terbaru pada Sabtu lalu, seorang jurutera maut selepas Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan dalam kejadian di kilometer 252.1 LPT2 berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Perasing.
Rahimah Abdullah
Wed Nov 11 2015
Penilaian awal MIROS mendapati faktor memandu melebihi had laju menyebabkan antara punca kemalangan kerap berlaku di lebuhraya itu. - Gambar Fail
Rapid KL lanjut operasi rel, bas sempena sambutan Tahun Baharu 2025
Langkah ini bertujuan memberikan kemudahan kepada warga kota yang ingin menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu di sekitar pusat bandar.
Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan
Singh dipuji kerana membuka ekonomi India pada 1991 ketika memegang jawatan Menteri Kewangan semasa krisis pertukaran asing.
Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemenangan tipis kembalikan Arsenal ke tangga kedua
Kemenangan itu turut menyaksikan Arsenal kembali ke tangga kedua liga dengan enam mata di belakang Liverpool.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Kemenangan berganda untuk PLUS dan ELITE, diiktiraf lebuh raya sistem tertutup terbaik
Kemenangan itu adalah bukti pengorbanan serta kerja keras pasukan PLUS, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.
Penguatkuasaan ketat perlu untuk cegah pemandu mabuk - Lee Lam Thye
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye memuji keputusan kerajaan mengkaji semula Akta Pengangkutan Jalan untuk hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk.
Orang awam dijemput jalani kajian perkhidmatan teksi motosikal - Miros
Hasil dapatan daripada kajian ini akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi merangka mekanisme pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia.
Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang perlu tegas - MIROS
Kerajaan digesa bertindak tegas dalam penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta.
Penilaian akhir LPT2 akan diumumkan minggu ini - MIROS
Keputusan penilaian akhir ke atas Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan diumumkan minggu ini, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).