JITRA: Beberapa peniaga buah tembikai di negeri ini mendakwa mengalami kerugian akibat lambakan buah itu selain keadaan cuaca panas yang menyebabkan tembikai yang disimpan menjadi cepat rosak.
Abdul Azis Dogoi, 68, berkata selain itu jualan ketika musim panas ini sedikit merosot dan menjejaskan pendapatannya sekali gus berhadapan masalah untuk menampung kos perniagaannya.
"Jualan semasa musim panas ini, agak kurang laris tapi masih ada pelanggan yang beli, cumanya harga buah gred A boleh turun sehingga RM2 sekilogram, tapi dengan keadaan sekarang saya tetap kena jual RM3 sekilogram, sebab hendak bayar lori, pekerja dan plastik," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Abdul Azis yang menjalankan perniagaan di Ayer Hitem, Jerlun berkata kebiasaannya dia mendapatkan stok tembikai sebanyak 10 tan daripada pekebun untuk tempoh dua minggu, namun kira-kira satu tan akan mengalami kerosakan ekoran cuaca panas dan terpaksa dibuang.
Sementara itu, Khairul Anuar, 46, yang menjual tembikai di gerai jualan di sini, turut terkesan dengan penurunan harga tembikai yang berlaku akibat lambakan buah tersebut dan terpaksa menanggung kerugian apabila sekitar 500 hingga 600 kilogram buah tembikainya rosak.
"Modal untuk selori dalam anggaran RM30,000 dan harga tembikai merudum dari RM5 sekilogram turun ke RM1 sekilogram, rosak pun banyak juga," katanya yang turut menyatakan lambakan tembikai ketika ini turut didorong peningkatan pengeluaran di negeri-negeri lain termasuk Kelantan dan Terengganu.
Dalam pada itu, seorang pemilik kebun tembikai, Kso Seong Guan, 68, yang menanam tembikai sejak lebih 30 tahun lepas berkata cuaca panas yang berpanjangan ketika ini menyebabkan tanamannya tidak dapat berbuah dengan baik.
"Pengeluaran buah tembikai tidak berapa elok, kerana cuaca terlampau panas dalam jangka masa yang panjang menyebabkan pembesaran tembikai terbantut, tidak bulat, dulu negeri lain datang ambil (tembikai) di Kedah, tetapi sekarang tidak lagi kerana mereka sudah menghasilkan buah sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023

Beberapa peniaga buah tembikai di negeri ini mendakwa mengalami kerugian akibat lambakan buah itu selain keadaan cuaca panas yang menyebabkan tembikai yang disimpan menjadi cepat rosak. - BERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

China catat tahun paling panas pada 2024
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan.

Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.

Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.

Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.

Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.

Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.

Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.