TANGKAK: Seorang peniaga maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 44 Jalan Muar-Segamat, dekat sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd Fadhil Minhat berkata, kemalangan pada jam 5.21 pagi itu dipercayai berlaku ketika Tan Zi Ang, 30, memandu kereta jenis Honda Civic terbabas dan hilang kawalan, lapor Sinar Harian pada Sabtu.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa memandu dari Kebun Baru dan mahu pulang ke Tangkak.
"Ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri sebelum terpelanting kira-kira 50 meter dari jalan utama dan masuk ke kawasan kebun sawit.
"Mangsa yang beralamat di Kebun Baru, Jementah, Segamat cedera parah di bahagian kepala dan badan serta dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Mohd Fadhil memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurut Ketua Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Izwan Mohamad, mangsa tersepit dalam kenderaan dan anggota bomba mengeluarkan pemandu itu dengan menggunakan peralatan khas.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan dan operasi tamat pada jam 5.59 pagi," katanya dalam satu kenyataan.
Sinar Harian
Sat May 15 2021

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 44 Jalan Muar-Segamat, dekat sini pada Sabtu. - Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Dua maut tercampak keluar dari kereta, nahas di pusingan ‘U’ Jalan Lencongan Barat
Seorang mangsa tercampak di bumbung Mercedes Benz, manakala seorang lagi terpelanting keluar dari kenderaan.

Pemandu lori maut tercampak, jatuh jambatan
Insiden berpunca susulan rempuhan dengan sebuah treler muatan simen, yang turut membabitkan tiga buah kenderaan.

Pemandu maut tercampak dari lori simen di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Peniaga maut tercampak keluar dari kereta
Seorang peniaga maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 44 Jalan Muar-Segamat, pada Sabtu.

Dua maut tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan
Dua maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki mereka dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kuala Krai.

Kemalangan maut di Lebuhraya PLUS, bayi tercampak keluar dari kereta
Kereta jenis Proton Satria yang dinaiki lima mangsa itu tiba-tiba berhenti di tengah lebuh raya, dipercayai akibat mengalami kerosakan.

Bayi 11 bulan antara dua maut nahas tiga kereta dekat Yan
Dhiaannasha Mohamad Shaiful yang berada dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani.