Menjelang pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 bermula 22 Februari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan member amaran kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang.

BR1M 3.0 yang bakal dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima secara serentak di seluruh negara.

Langkah itu bagi memastikan penerima BR1M tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan tersebut seperti sebelum ini.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank pula, mereka akan menerima baucer secara berperingkat bermula 23 Februari.

Klik untuk berita selanjutnya.