CALIFORNIA: Cuaca panas melampau di Modesto, California memaksa pemilik anjing mengatasi situasi itu dengan membawa haiwan peliharaan mereka ke taman dan berkumpul di tempat teduh pada Rabu.

Agensi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran bahawa terdapat haba yang berlebihan di bandar itu dan lain-lain di wilayah lembah tengah minggu ini.

Berjuta-juta rakyat Amerika Syarikat (AS) dari pantai Teluk Texas ke kawasan San Francisco Bay, California diberi amaran untuk mengelak daripada melakukan aktiviti luar dan kekal terhidrasi semasa gelombang panas pra-musim panas yang besar.

Menurut Agensi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan juga, suhu siang hari yang luar biasa tinggi diramalkan melambung melebihi 100 darjah Fahrenheit (37.8 darjah Celsius) di beberapa negeri hingga Jumaat.

Pegawai metereologi mengatakan situasi panas luar biasa itu, yang berlaku lebih daripada dua minggu sebelum permulaan rasmi musim panas pada 20 Jun, adalah disebabkan oleh sistem tekanan tinggi yang kuat yang terperangkap di kawasan itu.