IPOH: Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi rasuah RM126,500 kepada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkaitan aktiviti perlombongan bitcoin, bulan lalu.
Tertuduh, Ding Ai Sing, 50 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memberi rasuah wang tunai RM126,500 kepada seorang pegawai TNB melalui seorang individu lain.
Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pengusaha premis yang disyaki mencuri elektrik di sekitar Lembah Klang untuk aktiviti melombong bitcoin.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di M Roof Hotel and Residence Ipoh, kira-kira jam 10.53 pagi, 28 Feb lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga seperempat daripada tempoh paling lama diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Perdakwa Raya Maziah Mansor menawarkan jaminan RM1 juta kerana ia melibatkan kepentingan awam dan jumlah rasuah terkumpul lebih RM1.4 juta.
Bagaimanapun, peguam Akmal Jusoh yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana akaun banknya telah dibekukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM200,000 dengan dua orang penjamin warga Malaysia, di samping menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM Ipoh pada setiap Sabtu minggu pertama.
Mahkamah turut menetapkan 25 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Selasa lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mendedahkan sindiket melombong bitcoin yang mencuri bekalan elektrik dari 2018 hingga 2021 mengakibatkan kerajaan menanggung kerugian mencecah RM2.3 bilion.
Susulan itu SPRM menahan 18 lelaki warga tempatan termasuk dalang berusia antara 30-an hingga 60-an di seluruh negara.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Mar 04 2022

Mengikut kertas pertuduhan, Ding didakwa memberi rasuah wang tunai RM126,500 kepada seorang pegawai TNB melalui seorang individu lain. - Foto Astro AWANI
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.

Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.

Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.

Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.